fbpx

12 Julai 2020 | Ahad

Hidayah Centre Papar (HCP) kerjasama IKRAM Papar dan Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim Semalaysia (PKDMMS) telah mengadakan misi agihan sumbangan kepada mangsa banjir di beberapa buah kampung sekitar Daerah Papar. Turut serta dalam misi adalah Ustaz Haji Mohd Rapi Manji ( YDP IKRAM Negeri Sabah), Cikgu Surahman Salim (YDP IKRAM Papar), Tuan Joannes Lukas (Pengurus HCF Sabah) dan Rakan Hidayah.
.
.
Antara kampung yang terlibat adalah Kg Belatik, Kg Kayau, Kg Kabang dan Kg Sapat. Misi bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Agihan di buat dengan menziarahi kawasan dan rumah yang terlibat.
.
.
Bencana banjir telah mendatangkan banyak kerugian kepada mangsa-mangsa yang terlibat kerana paras air yang memasuki rumah sangat tinggi. Ada diantara rumah mangsa yang terlibat, air menghampiri paras bumbung rumah dan kereta-kereta mereka ditenggelami air. Semoga Allah memberi mereka kesabaran dan ketabahan dengan ujian ini.
.
.
Alhamdulillah,penduduk yang terlibat sangat bersyukur dan berterima kasih atas kedatangan dan sumbangan yang diberikan.
.
.
Kami dari HCF ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang-penyumbang yang telah menyalurkan sumbangan untuk misi bantuan bencana banjir kali ini. Semoga sumbangan anda semua mendapat ganjaran disisi Allah serta sentiasa dimurahkan rezeki agar terus menyumbang dengan misi-misi yang dijalankan oleh HCF.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami