fbpx

Baik Saya Buang Terus & Hilangkan Dari Ingatan Saya.

Alhamdulillah,baru-baru ini salah seorang aktivis Hidayah Centre Foundation iaitu Hj Mohd Noor telah berkesempatan menyantuni salah seorang mualaf,Bro F yang akan memulakan pengajian mendalami agama Islam di Baitul Salam,Shah Alam.
.
Bro F sebelum ini telah ditemui oleh salah seorang pegawai HCF di sebuah masjid. Beliau telah di tempatkan di salah sebuah rumah transit mualaf di bawah seliaan HCF sepanjang fasa PKP baru-baru ini. Alhamdulillah,beliau juga telah bersetuju untuk mendalami agama Islam di Baitul Salam,Shah Alam.
.
Semasa sesi pendaftaran di Baitul Salam, beg pakaian beliau telah diperiksa oleh pengawal keselamatan sebelum dibenarkan masuk. Pegawal keselamatan memaklumkan,para pelajar mualaf di Baitul Salam tidak dibenarkan merokok. Beliau merasa sedikit kecewa apabila pemetik apinya di ambil oleh pengawal keselamatan yang bertugas.
.
Tuan Hj Mohd Noor telah menasihati beliau semasa mereka bersama-sama berjalan ke pejabat. “Eloklah berhenti merokok terus.Semua orang di sini tak merokok.Lagipun membahayakan diri merokok ni. Cumanya hati kita kena kuat.Nak sucikan diri kena buang semua yang tak baik” Kelihatan bro F bersemangat kembali.
.
Selesai sesi temuduga, mereka berjalan semula ke pondok pegawal keselamatan untuk mengambil beg pakaian. Tiba-tiba, bro F telah mengambil pemetik apinya tadi dan membaling jauh-jauh sekuat hatinya. Tindakannya itu sungguh mengejutkan.
.
Tidak lama kemudian bro F berkata dengan penuh semangat “kalau saya nampak,nanti saya teringat nak merokok.Baik saya buang terus & hilangkan rokok terus dari ingatan saya”


Subhanallah.Alhamdulillah.
.
Begitulah antara secebis kisah mualaf yang sungguh menginspirasikan.
Bersama kita doakan agar bro F diberikan kekuatan juga kecekalan hati untuk terus mendalami agama Islam dan seterusnya menjadi pendakwah yang terbaik.
.
Sampaikan Islam, Santuni Mualaf
.
#HidayahCentreFoundation
#KisahMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top