fbpx

Alhamdulillah. Baru-baru ini, Rakan Hidayah, Hidayah Centre Foundation Shah Alam telah berjaya menempatkan booth Hidayah Food Bank di sebuah pusat membeli-belah iaitu MYDIN Mall Subang Jaya.
.
Ketika musim wabak covid-19 juga beberapa fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai golongan saudara baharu mualaf juga turut terkesan kehilangan sumber pendapatan dan sangat memerlukan bantuan makanan kering harian. Hidayah Food Bank merupakan salah satu inisiatif yang dijalankan bagi menyelesaikan masalah ini.
.
Inisiatif Hidayah Food Bank, Hidayah Centre Foundation telah mendapat kerjasama penuh dari pihak pengurusan pasaraya MYDIN. Sebelum ini, Hidayah Food Bank juga telah berjaya ditempatkan di pasaraya MYDIN Semenyih bagi membolehkan orang ramai bersama menyumbang juga membantu meringankan bebanan mualaf. InsyaAllah, di masa akan datang akan ditempatkan lagi beberapa booth Hidayah Food Bank di beberapa buah pasaraya MYDIN yang terpilih.
.
Kini, orang ramai berpeluang menyumbang barangan kering di dua booth Hidayah Food Bank yang terletak di pintu masuk utama yang bertempat di pasaraya besar MYDIN Semenyih & MYDIN Mall, Subang Jaya.
.
Ribuan terima kasih diucapkan buat semua sukarelawan juga penyumbang budiman yang membantu dari awal usaha merealisasikan Hidayah Food Bank ini. Jazakumullahu khairan katheera!


Sampaikan Islam, Santuni Mualaf
.
#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami