fbpx

Alhamdulillah.. Allahu akhbar ✊.
.
Sejak hari pertama perintah kawalan pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan Malaysia bagi membendung wabak Covid-19, kami di Hidayah Centre Foundation menerima banyak panggilan mahupun mesej bertanya mengenai agama Islam. Terdapat juga beberapa mesej di medium media sosial kami yang bertanyakan prosedur juga menyatakan hasrat untuk memeluk agama Islam.

Walaupun terdapatnya kekangan di fasa PKP ini, kewajipan menyampaikan Islam dan menyantuni mualaf tetap dilaksanakan berterusan.
.
Malahan, mesej juga pertanyaan ini semakin bertambah-tambah lagi di bulan Ramadan yang penuh kemuliaan ini. Alhamdulillah.


Kebiasaannya, pegawai kami akan terus menghubungi mad’u sama ada melalui panggilan video atau aplikasi lain bagi memudahkan lagi urusan menyampaikan penerangan juga menjawab persoalan. Setiap persoalan dijawab sebaiknya bagi menambah keyakinan mad’u yang telah hampir dengan agama Islam ini.


Semalam, kami menerima mesej dari Encik S yang ingin memulakan kehidupan baru di bulan Ramadan. Beliau bertanya, sama ada syahadah boleh dilaksanakan atau tidak dalam keadaan PKP ini.
.
Alhamdulillah, selepas sesi penerangan dijalankan oleh Tuan Noli, Pengurus Wilayah Tengah HCF, encik S menyatakan kesediaan beliau untuk melafazkan syahadah.
.
Alhamdulillah. Tanpa sebarang paksaan, encik S telah melafazkan syahadah dengan bimbingan Tuan Noli di hari-hari terakhir bulan Ramadan yang mulia ini. Alhamdulillah. Allahu akhbar.
.
Bermulalah fasa kehidupan baru sesuci kain putih, bersih dari dosa dan bermulalah perhitungan amal mereka. Selamat datang ke agama Islam saudara-saudara kami sekalian. Moga Allah permudahkan urusan mereka mendalami agama Islam.
.
Lafaz syahadah merupakan permulaan baru untuk mualaf & bersamanya ada tanggungjawab besar yang perlu di galas. Di Hidayah Centre Foundation, kami memastikan mualaf terus diperkasakan dengan kelas bimbingan mualaf.Konsep kami “touch & stay”. Sentuh hatinya dengan keimanan kepada Allah & kami usahakan membimbing mereka mendalami agama Islam. Lebih 40 kelas yang dijalankan oleh HCF di seluruh negara.
.
Kami di HCF ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama berkongsi pahala dalam usaha menyampaikan Islam juga menyantuni mualaf. Semoga Allah mengganjari dengan sebaik-baik kebaikan lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini.
.
Sumbangan boleh disalurkan melalui:
📌 www.dahsedekah.com
📌 www.dahsedekah.com
.
Bersama kita menyokong usaha berterusan ini. InsyaAllah
.
Sampaikan Islam, Santuni Mualaf
.

HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami