fbpx

MASYALLAH.. UNCLE HOCK PELUK ISLAM MELALUI PHONE CALL


.
Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu jugalah Allah akan menerima taubat manusia. Tiada istilah terlambat dalam Islam, terutamanya bagi yang mencari.
.
Alhamdulillah Allahuakbar..
.
Bertambah lagi umat Islam di muka bumi Allah.
.
Uncle Hock ini sudah berusia 61 tahun. Lama dia perhatikan agama Islam, lama dia perhatikan umat Islam yang saban hari datang ke masjid 5 kali sehari semalam untuk menunaikan solat berjemaah.
.
Pada mulanya dia bingung. Tidak jemukah mereka ini berulang alik setiap masa? Tidak jemukah mereka menunaikan solat? Bukan sehari dua, tetapi bertahun-tahun lamanya.
.
Satu lagi, berpuasa selama 30 hari? Yang menjadi tanda tanya, bukan golongan agamawan Islam sahaja yang berpuasa, tetapi seluruh umat Islam. Sentap. Apakah penyebab kepada kekuatan luar biasa itu?
.
Namun setelah sekian lama tertanya,akhirnya pada tahun 2019 dia diberikan hidayah oleh Allah untuk peluk agama Islam. Waktu tu dia berasa sangat sunyi. Anak-anak ada, tapi sibuk dengan urusan masing-masing. Jarang sekali ziarah, apatah lagi bertanya khabar.
.
Dia secara kebetulan bertemu dengan Din, seorang staf IKBN dan mula selesa bercakap tentang Islam. Kemudian Din memperkenalkan dia kepada Lim, seorang mualaf dari Kedah. Lebih mudah untuk mereka berkomunikasi.

Dia mula semangat untuk belajar dan mengenal Islam. Sehinggalah satu hari, dia terus beritahu,
.
“Lim, aku nak peluk Islam hari ini juga. Takut-takut aku mati tanpa syahadah”
.
Lim terkesima. Dia tak pernah mengislamkan orang. Malahan, dia juga saudara baru dan masih belajar tentang Islam ni. Lalu dia teringat dengan Shafik dari HCF Kedah yang telah mengislamkan dia.
.
Waktu tu, Uncle Hock berada di KL, Shafik pula di Kedah. Tanpa berfikir panjang, Shafik terus bersetuju dengan permintaan Uncle Hock. Perkara baik seperti ni jangan bertangguh.

Lantas, Uncle Hock telah disyahadahkan melalui phone call oleh Shafik.
.
Subhanallah Allahukabar.
.
Uncle Hock sebak. Perjalanannya untuk mencari kebenaran telah dapat ditunaikan.
.
Dia kemudian disantuni oleh saudara Ammar di Hidayah Centre Foundation Kuala Lumpur untuk urusan pengurusan pendaftaran seperti urusan di pejabat agama, dan sebagainya.
.
Sebenarnya ramai masyarakat bukan Islam di Malaysia ini tertarik dengan agama Islam, cumanya tidak ramai pendakwah yang berani untuk mendekati dan menyantuni mereka.
.
HCF telah menyantuni ribuan mualaf di seluruh Malaysia dalam pelbagai aspek termasuk, menjalankan kelas pengajian mualaf, menyediakan tenaga pengajar, memantau perkembangan mualaf, menyediakan rumah transit kepada mualaf yang memerlukan, bantuan buat mualaf miskin dan dalam kesusahan juga khidmat nasihat lain.HCF juga turut terlibat dalam pembinaan dan penyelenggaraan surau bagi kemudahan penduduk di kawasan pendalaman.
.
Untuk bergerak terus aktif dalam medan dakwah HCF memerlukan dana yang mampan.
.
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, HCF ingin berkongsi pahala bersama anda semua. Sesungguhnya dakwah kepada orang bukan Islam & menyantuni mualaf yang baru masuk Islam ini adalah kewajipan kita bersama.
.
Sumbangan anda, sekecil mana pun pasti akan dapat melancarkan lagi gerak kerja dakwah HCF. InsyaAllah tuan-tuan dan puan-puan akan mendapat ganjaran dari Allah SWT.
.
“Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan baginda lebih dermawan lagi di bulan Ramadan” (Hadis Riwayat Bukhari)
.
Jom bersama HCF berkongsi pahala dalam usaha menyampaikan Islam dan menyantuni mualaf :
.
Klik sini >> www.dahsedekah.com
Klik sini >> www.dahsedekah.com
.
Atau boleh transfer online ke:
.
? Maybank : 5622 0962 4421
The Trustees of Hidayah Centre Foundation Registered
.
? Bank Islam : 1211 3010 0494 33
Hidayah Centre Foundation
.
? Bank Rakyat : 1104 6100 0356 Hidayah Centre Foundation
.
Sertakan resit sumbangan berserta nama dan email anda ke:
>> https://wa.me/60134668794 (Azrul)
>> sedekahramadan@hcf.org.my
.
Semoga Allah ampunkan dosa kita, murahkan rezeki kita dan rahmati kita semua. InsyaAllah AMIN.
.
P/S : Tolong sebarkan mesej ini kepada yang lain juga ya. Saya percaya mereka yang bantu sebarkan ataupun share kutipan ini pun insyaAllah dikira menyumbang juga di sisi Allah. Aminn.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top