fbpx

Ganti Puasa Sebelum Syahadah? πŸ€”
.
Pada bulan April tahun 2019,waktu itu saya nekad mengambil keputusan untuk membunuh diri. Saya rasa begitu tertekan sekali dengan masalah yang dihadapi waktu itu. Bukan saya tidak mencuba untuk mencari jalan keluar untuk meyelesaikannya. Saya telah kesana-kesini berusaha pergi ke kuil, ke gereja juga ke gudrawa. Saya terasa begitu lelah mencari tujuan hidup. Saya sudah penat mencari Tuhan yang sebenar.
.
Walaubagaimanapun, niat saya ini akhirnya tertangguh kerana kesibukan kerja seharian. Saya sememangnya mempunyai ramai teman sekerja beragama Islam. Saya begitu tertarik dengan ibadah puasa yang dilakukan oleh teman sekerja dan teringin mencuba. Sejak tahun 2018 lagi,saya telah mencuba untuk berpuasa bersama teman yang lain. Memandangkan bulan Ramadan akan bermula pada bulan Mei tahun 2019, jadinya saya mula terfikir untuk menggantikan puasa yang tertinggal pada tahun 2018. Kesibukan saya menggantikan puasa pada bulan April 2019 mematikan terus hasrat untuk membunuh diri. Saya begitu teruja melakukan persiapan untuk berpuasa pada tahun 2019 pula.
.
Tibanya bulan Ramadan tahun 2019, saya menjalani ibadah puasa bersama teman Muslim yang lain. Suatu hari, usai saya dan teman-teman berbuka puasa di restoran, mereka mula menuju ke surau untuk mendirikan solat maghrib. Waktu itu, saya hanya menunggu sahaja di dalam kereta.
Tiba-tiba, salah seorang teman saya berseloroh sambil berjalan menuju ke surau β€œ aku doakan Allah bagi kau hidayah!”

Ajaibnya, kata-kata itu sering terngiang-ngiang di fikiran saya. Sungguh aneh sehingga saya tidak mampu untuk tidur lena beberapa malam.

Kali ini, saya begitu nekad mengambil keputusan untuk pergi ke pejabat agama berhampiran. Saya ingin mengetahui prosedur untuk memeluk Islam. Saya merasa begitu yakin, Allah telah menyelamatkan nyawa saya . Alhamdulillah, saya tidak mati dalam keadaan sia-sia. Saya mendengar penerangan dari pegawai yang bertugas berkenaan agama Islam. Saya tidak terus bersyahadah pada waktu itu. Saya terus melakukan pembacaan & pencarian mengenai Islam.

Sehinggalah saya bertemu dengan Hidayah Centre Foundation. Akhirnya, dengan kerelaan sepenuh hati , saya datang seorang diri ke ibu pejabat Hidayah Centre Foundation untuk melafazkan syahadah. Masa itu, pelbagai perasaan yang bercampur baur dalam masa yang sama. Tetapi saya berasa lega, amat lega setelah syahadah. Saya terharu & sebak tapi saya kawal sebab malu.Dheshminder kaur atau nama Islam yang saya pilih iaitu Aliya Zaneera Dheshmin.

Alhamdulillah, kini Aliya telah menemui tujuan hidup iaitu menyembah Allah yang satu. Panduan hidup Aliya yang utama adalah al-Quran dan matlamat Aliya adalah untuk masuk ke syurga Allah, Jannah.
.
Alhamdulillah, kini Aliya dapat mengikuti kelas bimbingan mualaf yang dijalankan di Hidayah Centre Foundation cawangan Lembah Pantai. Ustaz juga ustazah yang mengajar, sering menjadi tempat rujukan Aliya. Teman-teman yang lain juga sangat banyak membantu Aliya mendalami agama Islam ini.
.
Jika selama ini, Aliya sering mendengar mengenai orang Islam begitu anti orang bukan Islam. Teman-teman Aliya yang Muslim telah membuktikan tanggapan ini salah sama sekali. Mereka malahan banyak membantu Aliya sejak belum memeluk agama Islam lagi. Aliya juga pernah mendengar yang bila memeluk Islam, seseorang itu akan terpisah dari keluarganya. Rupa-rupanya, perkara ini juga tidak benar. Malahan Islam mengajar Aliya untuk terus menghormati juga mengasihi ibu bapa dan keluarga sepenuh hati. Aliya juga perlu selalu mendoakan kebaikan untuk mereka dan berusaha menjadi anak yang solehah.
.
Ramadan tahun 2020 ini, pastinya cukup berbeza buat Aliya yang buat pertama kalinya berpuasa sebagai seorang Muslim dalam fasa wabak covid-19 ini. Aliya banyak membuat persiapan dengan mendengar tazkirah dari para ustaz & ustazah mengenai Ramadan. Aliya juga dapat berkongsi pengalaman berpuasa bersama teman-teman mualaf yang lain ketika di kelas bimbingan mualaf Hidayah Centre Foundation. Masing-masing mempunyai kisahnya yang tersendiri. Aliya berharap, Ramadan tahun ini Aliya dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya dan berusaha memperbaiki lagi bacaan Al-Quran. Aliya berdoa kepada Allah semoga kita semua dapat memanfaatkan nikmat-nikmat kurniaan Allah sebaiknya pada bulan Ramadan. Semoga lebih ramai lagi yang terbuka hati membantu mereka yang memerlukan. Semoga ramai lagi mendapat hidayah Allah di bulan Ramadan ini. Semoga kita dapat menikmati malam lailatul qadar. Semoga kita semua menjadi orang yang lebih beriman dan bertaqwa.
.
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Aliya ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama membantu usaha murni yang dijalankan Hidayah Centre Foundation dalam menyampaikan Islam juga menyantuni mualaf. Sumbangan anda, sekecil mana pun pasti akan dapat melancarkan lagi gerak kerja dakwah HCF. InsyaAllah , semoga kita semua beroleh ganjaran dari Allah SWT.

“Sedekah itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api” (Hadis Riwayat Tirmizi)
.
Jom! bersama HCF berkongsi pahala dalam usaha menyampaikan Islam dan menyantuni mualaf :
Klik sini >> www.dahsedekah.com
Klik sini >> www.dahsedekah.com
.
Atau boleh transfer online ke:
.
πŸ“Œ Maybank : 5622 0962 4421
The Trustees of Hidayah Centre Foundation Registered
.
πŸ“Œ Bank Islam : 1211 3010 0494 33
Hidayah Centre Foundation
.
πŸ“Œ Bank Rakyat : 1104 6100 0356 Hidayah Centre Foundation
.
Sertakan resit sumbangan berserta nama dan email anda ke:
>> https://wa.me/60134668794 (Azrul)
>> [email protected]
.
Semoga Allah ampunkan dosa, melimpahkan rezeki dan merahmati kita semua. InsyaAllah AMIN.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami