fbpx

KELAS BIMBINGAN SAUDARA BARU 2020

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Seramai lebih kurang 25 orang saudara baru yang belajar di Hidayah Centre Foundation Cawangan Beluran (HCBE) sejak 2016. Kelas ini bermula pada 8.00 pagi sehingga jam 12.30 tengahari iaitu setiap hari selasa hingga khamis. Keterujaan mereka mencari kelas agama mengajak kami berkongsi pengalaman dan pengetahuan kepada anda.
Topik Matapelajaran :
A. Akhlak
B. Tauhid
C. Al-Quran & Iqra’
D. Fiqh
E. Fiqh Mualaf
F. Sirah
Alhamdulillah, Kelas Bimbingan Saudara Baru HCBE kini diadakan di 4 buah kampung seperti :
a) Pejabat HCBe
a) Surau Nur Islam, Kampung Dampiron
b) Kampung Koiboton,
c) Kampung Timpus,
d) Kampung Atog.
Semua saudara baru dan bukan Islam dijemput hadir untuk menimba ilmu tentang ketuhanan ini.
Menuntut ilmu merupakan kewajipan dan tuntutan terhadap setiap insan. Ini kerana, ilmu merupakan kayu ukur dalam kehidupan kita dalam menentukan samada perkara tersebut baik atau tidak. Selain itu, Allah SWT juga akan mengangkat orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat berdasarkan firman-Nya:
يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ
Maksudnya: “Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. [al-Mujadalah:11]
Berdasarkan firman Allah SWT ini, ia menunjukkan akan wujudnya ganjaran di akhirat dan karamah (kemuliaan) di dunia. Maka dengan itu, diangkat orang yang beriman daripada orang yang tidak beriman dan orang yang alim daripada orang yang bukan alim. Telah berkata Ibn Mas’ud RA bahawa Allah SWT telah memuji ulama’ di dalam ayat ini iaitu Allah SWT mengangkat orang-orang beriman yang diberi ilmu di atas orang-orang beriman yang tidak diberikan ilmu dengan beberapa darjat. [Lihat: Tafsir al-Qurthubi,17/299]
Hulurkan bantuan dan sumbangan anda kepada HCBE :
THE TRUSTEES OF HIDAYAH CENTRE FOUNDATION REGISTERED
BANK ISLAM : 1211 3010 0494 33
BANK RAKYAT : 1104 6100 0356
HIDAYAH CENTRE FOUNDATION SABAH
MAYBANK : 5505 1085 0017
Emelkan resit ke [email protected]
“Sampaikan Islam Santuni Mualaf”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top