fbpx


HCF Memperkenalkan Keindahan Islam di Gereja.
.
Kuala Lumpur – Sabtu, 29 Februari 2020, Hidayah Centre Foundation telah dijemput untuk mengadakan pameran mewakili agama Islam sempena ‘World Interfaith Harmony Week’ yang dianjurkan oleh gereja The Sacred Heart of Jesus, Cheras.
.
Masyarakat bukan Islam pelbagai bangsa telah menyerbu booth HCF untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut lagi mengenai agama Islam. Pelbagai persoalan mengenai Islam telah diajukan terus kepada para pendakwah yang terdiri dari staff HCF dan sukarelawan Rakan Hidayah. Para pendakwah HCF dapat memberikan penerangan yang lebih jelas lagi dan membetulkan salah faham terhadap agama Islam. Para tetamu yang hadir juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai bahan-bahan bacaan mengenai agama Islam yang diberikan secara percuma di booth HCF.


Salah seorang tetamu yang ditemui iaitu Karen, 46 menyatakan beliau gembira kerana dapat memperolehi maklumat yang lebih tepat lagi mengenai Islam dan akan menghubungi HCF bagi mendapatkan penjelasan lanjut selepas ini.

Lebih 300 orang tetamu telah hadir dalam majlis yang diadakan dari jam 4.00 petang hingga 10.00 malam ini. Tuan Hj Zaid Kamaruddin, Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM mewakili agama Islam telah menyampaikan ucapan berdasarkan tema program iaitu sayangi kebaikan, sayangi jiran. Program ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Hajjah Nurul Akmalina, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Agama, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri.
.
Semoga usaha sebegini dapat dilaksanakan lagi di masa akan datang bagi memastikan masyarakat Malaysia dapat hidup dengan lebih harmoni. InsyaAllah.


Sampaikan Islam, Santuni Mualaf
.
#HidayahCentreFoundation
#DakwahTable
#H2O
#ZiarahHarmoni

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami