fbpx

KELAS BIMBINGAN SAUDARA BARU 2020

Segala Puji Bagi Allah,Tuhan Sekalian Alam. Pendidikan merupakan satu perkara yang amat dititik beratkan oleh Hidayah Centre dalam membentuk saudara baru menjadi seorang yang berilmu dalam mengamalkan agama Islam.

Setiap yang memeluk Islam perlu diberi curahan Ilmu sebagai tiang untuk mengukuhkan akidah mereka serta mengamalkan ajaran Islam dengan cara yang benar.

Oleh itu, Hidayah Centre sangat komited dalam memberi bimbingan agama kepada semua saudara baru, dengan mengambil langkah menubuhkan kelas-kelas bimbingan di Daerah Keningau.

Alhamdulillah,setakat ini Hidayah Centre Keningau telah menubuhkan beberapa buah kelas bimbingan saudara baru yang masing-masing bertempat di :

1.Pejabat Hidayah Centre Keningau (Pekan)
: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari (Setiap hari Selasa)

2.Kampung Nantabakan
: 8.30 pagi – 12.00 tengah hari (Setiap hari Ahad)

3.Surau SK Luagan, Kg Toboh Baru
: 2.00 petang – 4.30 petang (Setiap hari Ahad)

Antara pengisian yang diadakan di dalam kelas bimbingan saudara baru Hidayah Centre adalah :

A.Ilmu Tauhid,
B. Tafsir Quran,
C. Fiqh,
D. Akhlak,
E. Sirah,
F. Fiqh Mualaf
G. AL-Quran & Iqra dan
H. Figh Berinteraksi dengan Bukan Muslim.

Kami mengajak kepada semua masyarakat untuk sama-sama menyumbang kepada Hidayah Centre dalam membantu saudara baru dengan membuat sumbangan ke :

THE TRUSTEES OF HIDAYAH CENTRE FOUNDATION Bank Islam : 1211 3010 0494 33 Maybank : 5622 0962 4421

Emelkan resit ke:[email protected]

“Sampaikan Islam, santuni Mualaf”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top