fbpx

Segala Puji Bagi Allah,Tuhan Sekalian Alam. Pendidikan merupakan satu perkara yang amat dititik beratkan oleh Hidayah Centre dalam membentuk saudara baru menjadi seorang yang berilmu dalam mengamalkan agama Islam.

Setiap yang memeluk Islam perlu diberi curahan Ilmu sebagai tiang untuk mengukuhkan akidah mereka serta mengamalkan ajaran Islam dengan cara yang benar. Oleh itu, Hidayah Centre sangat komited dalam memberi bimbingan agama kepada semua saudara baru, dengan mengambil langkah menubuhkan kelas-kelas bimbingan di Daerah Kota Marudu.

Alhamdulillah,setakat ini Hidayah Centre Kota Marudu diadakan di empat (4) tempat iaitu :
A. Kampung Asin-Asin,setiap hari khamis jam 2 petang – 5 petang
B. Surau Kg Gana,setiap hari jumaat jam 2 petang – 5 petang
C. Kampung Morion. setiap hari sabtu jam 2 petang – 5 petang
D. Pejabat pekan Kota Marudu,setiap hari ahad jam 8 pagi -12 tengahari

Antara pengisian yang diadakan di dalam kelas bimbingan saudara baru Hidayah Centre adalah : A.Ilmu Tauhid, B. Tafsir Quran, C. Fiqh, D. Akhlak, E. Sirah, F. Fiqh Mualaf G. AL-Quran & Iqra dan H. Figh Berinteraksi dengan Bukan Muslim.

Dari Mu’awiyah, Nabi SAW bersabda,
“Barang siapa menelusuri jalan untuk mencari ilmu padanya, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga.” (HR. Muslim).

Kami mengajak kepada semua masyarakat untuk sama-sama menyumbang kepada Hidayah Centre dalam membantu saudara baru dengan membuat sumbangan ke :

THE TRUSTEES OF HIDAYAH CENTRE FOUNDATION
Bank Islam : 1211 3010 0494 33
Maybank : 5622 0962 4421
Emelkan resit
ke:[email protected]

“Sampaikan Islam, santuni Mualaf”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami