fbpx

Sambutan Tahun Baru Cina di Bengkel Mualaf.

Alhamdulillah, semalam kami di ibu pejabat Hidayah Centre Foundation, Taman Melawati berkesempatan menghadiri undangan sambutan Tahun Baru Cina dari pasangan suami isteri mualaf di bengkel perniagaan mereka. Amin Liong dan isterinya, Erin yang juga merupakan berketurunan Tionghoa mengadakan sambutan Tahun Baru Cina di bengkel beliau di sekitar Lembah Jaya, Ampang.

Kami hadir dengan membawa sedikit buah tangan berupa hamper dan buah-buahan buat mereka sekeluarga. Ahli keluarga Amin Leong yang bukan beragama Islam, iaitu kakaknya Amy dan adiknya Ah Peng turut hadir ke majlis yang diadakan dengan meriah ini.

Majlis ini diserikan dengan persembahan tarian singa dan jamuan makan buat semua tetamu yang hadir. Amin Liong dan isteri turut menjemput kenalan-kenalan sekitar bengkel untuk turut bersama. Errin berulang kali memanjatkan kesyukuran atas rezeki yang Allah limpahkan kepada mereka sekeluarga. Errin berkata, beliau ingin berkongsi rezeki kurniaan Allah dengan mangadakan sambutan Tahun Baru Cina ini.

Alhamdulillah. Semoga mereka sekeluarga diberikan ketetapan iman juga dilimpahkan rezeki yang halal dah berkat. InsyaAllah. Terima kasih atas undangan ke majlis yang cukup meriah dan hidangan makanan yang begitu lazat sekali.

Sampaikan Islam, Santuni Mualaf
#HidayahCentreFoundation.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top