fbpx

Baru-baru ini, Hidayah Centre Foundation telah dijemput untuk bersama meraikan sambutan Tahun Baru Cina di rumah salah seorang mualaf santunan HCF iaitu, Puan Aisyah Tam Abdullah di sekitar Ampang. Puan Aisyah Tam merupakan antara mualaf yang aktif menghadiri kelas bimbingan mualaf dan program anjuran HCF bersama dengan anak-anak beliau. Suami beliau turut bersama menyokong usaha beliau mendalami agama Islam bersama HCF.

Beliau sekeluarga turut menjemput rakan-rakan mualaf yang lain juga rakan bukan Islam untuk bersama-sama meraikan Tahun Baru Cina ini. Beberapa orang staff HCF yang tinggal berhampiran Lembah Klang dapat turut bersama-sama hadir ke rumah saudara baru ini meraikan mereka sekeluarga. Beberapa orang mualaf yang juga berbangsa Cina seperti Amin Leong & Errin sekeluarga turut bersama-sama bergembira meraikan majlis yang diadakan ini.

Para tetamu telah dihidangkan dengan hidangan makanan & kuih-muih yang begitu lazat sekali yang dimasak oleh Puan Aisyah Tam sekeluarga. Ada dikalangan mualaf Cina yang turut terharu dengan jemputan ke majlis ini. Beliau merasakan suasana ukhuwah di dalam keluarga besar bersama sahabat mualaf yang lain. Alhamdulillah.

Terima kasih diucapkan buat Puan Aisyah Tam sekeluarga yang menjemput kami bersama dalam sambutan Tahun Baru Cina ini. Semoga Allah kurniakan limpahan pahala juga keberkahan dalam setiap rezeki yang diperolehi. InsyaAllah.

Sampaikan Islam, Santuni Mualaf.

#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami