fbpx
Gambar barisan penyumbang Korporat, badan kerajaan dan individu yang telah bersama-sama dengan usaha dakwah & santunan mualaf Hidayah Centre Foundation.

Kuala Lumpur, 18 Januari 2020 – Hidayah Centre Foundation (HCF) telah menganjurkan Majlis Apresiasi buat para penyumbang yang terdiri dari korporat, syarikat, badan kerajaan serta individu perseorangan. Lebih 90 orang tetamu yang merupakan penyumbang dari pelbagai latar belakang telah hadir ke majlis yang bermula jam 2.30 petang bertempat di TPC Kuala Lumpur.

Datuk Dr Mohd Daud Bakar yang merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Hidayah Centre Foundation telah menyampaikan ucaptama di awal majlis ini berlangsung. Beliau memberikan penerangan mengenai kepentingan sokongan kewangan yang kukuh dan mampan dalam menjayakan usaha-usaha yang giat dijalankan oleh Hidayah Centre Foundation. Beliau turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua penyumbang yang menyokong usaha berterusan ini.

Dalam majlis itu juga turut dilancarkan inisiatif Ansar Korporat oleh bendahari ahli lembaga pemegang amanah HCF iaitu Hj Ir Wan Ahmad Nizar Zakaria. Ansar Korporat ini merupakan satu inisiatif Hidayah Centre Foundation begi memberi peluang kepada syarikat-syarikat korporat untuk bersama-sama berkongsi pahala dalam usaha dakwah yang dijalankan. Ansar Korporat ini bukanlah sekadar tanggungjawab korporat sosial semata-mata, tetapi ia juga merupakan satu bentuk kerjasama efektif dalam usaha pemerkasaan saudara baru dan melahirkan lebih ramai pendakwah. Syarikat-syarikat korporat dipelawa untuk bersama-sama menyumbang secara bulanan kepada Hidayah Centre Foundation.

Tuan Hj Nicholas Sylvester, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hidayah Centre Foundation turut menyampaikan ucapan di majlis tersebut. Beliau telah membentangkan segala projek serta aktiviti yang telah dijalankan dengan jayanya oleh Hidayah Centre Foundation sepanjang tahun 2019. Pencapaian-pencapaian yang diperolehi sepanjang tahun 2019 adalah merupakan komitmen yang dijalankan oleh Hidayah Centre Foundation dengan sokongan berterusan dari semua pihak yang turut bersama-sama menyumbang. Semua penyumbang telah dijemput untuk menerima sedikit penghargaan daripada Hidayah Centre Foundation. Terima kasih buat semua penyumbang budiman!

Sampaikan Islam, Santuni Mualaf
#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami