fbpx

Kunjungan Hormat Jabatan Agama Islam Melaka

Melawati, 18 Disember – Ibu pejabat Hidayah Centre Foundation, Taman Melawati telah menerima kunjungan hormat dari staff bahagian dakwah, Majlis Agama Islam Melaka (JAIM) baru-baru ini. Seramai 22 orang staff JAIM yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Tuan Haji Mohd Shokri bin Haji Mustaffa telah turut sama hadir dalam kunjungan hormat ini.

Tuan Haji Nicholas Sylvester, CEO Hidayah Centre Foundation menyambut baik kehadiran rombongan staff Jabatan Agama Islam Melaka ini. Kunjungan hormat ini telah dilakukan dengan tujuan mendapatkan idea, gerak kerja, juga perkongsian sistem pengurusan organisasi.

Sesi perbincangan turut diadakan bagi percambahan idea agar kolaborasi program dapat diadakan dengan lebih komprehensif lagi di masa akan datang di sekitar negeri Melaka. InsyaAllah

Semoga kunjungan hormat ini, membuka peluang lebih luas lagi pelaksanaan program-program dakwah di Melaka dan agar keindahan Islam dapat dinikmati semua.

Sampaikan Islam,Santuni Mualaf.

#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top