fbpx

Alhamdulillah! Terima kasih diucapkan buat semua sukarelawan Rakan Hidayah Ampang Jaya yang turut sama-sama terlibat dalam membantu kelas bimbingan mualaf yang dijalankan pada hari Ahad baru-baru ini.

Para mualaf dibantu dari segi mengenali huruf-huruf hijaiyah melalui kaedah iqra’. Sebahagian mualaf juga turut dibantu dalam memperbetulkan tajwid dalam bacaan Al-Quran. Sebahagian sukarelawan pula membantu memberikan penerangan dalam praktikal solat yang diadakan di surau.

Kelas Bimbingan Mualaf ini dibuka secara percuma kepada semua mualaf yang ingin mendalami lagi pengetahuan dalam agama Islam.

Semoga Allah melimpahkan kebaikan yang banyak buat semua sukarelawan yang sudi meluangkan masa bersama-sama menyantuni saudara baru kita. Alhamdulillah

Sampaikan Islam, Santuni Mualaf
.
#HidayahCentreFoundation
#KelasMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami