fbpx

Interfaith Run: Pace4Peace Menyemarak Keharmonian antara Agama & Bangsa.

Gombak, 30 November – Hidayah Centre Foundation sekali lagi telah dijemput menjadi rakan kerjasama dalam menjayakan program larian silang agama “interfaith run” Pace 4 Peace bersama Quranic Youth Club (QYC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) baru-baru ini.

Tahun 2019 ini merupakan tahun ke-2 acara ini dianjurkan dengan penyertaan yang begitu mengalakkan dari masyarakat pelbagai agama dan bangsa . Larian silang agama ini dianjurkan bertujuan bagi membina persefahaman, menyebar luaskan ilmu dan bertukar maklumat daripada pelbagai budaya, agama dan bangsa dikalangan peserta.

Peserta larian telah dilepaskan bermula seawal jam 8.00 pagi di Convest Hill, berhadapan Fakulti Undang-Undang, Universiti Islam Antrabangsa Malaysia (UIAM). Larian ini telah disertai seramai 248 peserta dari pelbagai latarbelakang kaum,bangsa dan agama. Hidayah Centre Foundation turut menghantar 8 orang wakil untuk bersama menyertai program larian ini.

Antara aktiviti lain yang turut dijalankan adalah pameran bahan penerangan mengenai Islam dan sesi ucapan perkongsian mengenai keharmonian dari wakil Hidayah CentreFoundation. Hidayah Centre Foundation juga telah membuka gerai pameran di program tersebut. Para peserta boleh mendapatkan penerangan maklumat yang lebih tepat mengenai agama Islam. Selain itu, para peserta juga boleh mendapatkan bahan bacaan mengenai agama Islam yang diberikan secara percuma.

Tuan Haji Muhammad Fakhruddin Abdul Kudos, Ketua Perkhidmatan Korporat Hidayah Centre Foundation telah turut hadir menyampaikan kata-kata aluan & menyampaikan perkongsian mengenai keharmonian dalam masyarakat pelbagai agama menurut perspektif Islam seusai selepas tamat larian tersebut . Beliau juga turut menyampaikan hadiah kepada para peserta larian. Acara larian ini keseluruhannya berakhir sekitar jam 11.00 tengahari, diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai bersama kesemua peserta.

Semoga lebih banyak lagi program seumpama ini dapat dianjurkan pada masa akan datang seterusnya dapat membangkitkan semangat keharmonian hidup antara masyarakat berbilang agama lebih-lebih lagi di tanah air yang kita cintai ini, Malaysia.


#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamSantuniMualaf
#InterfaithRun
#Pace4Peace

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top