fbpx

Team Building Hidayah Centre Foundation

Kuala Lumpur, 28 November 2019 – Alhamdulillah, semua staf Hidayah Centre Foundation dari ibu pejabat Melawati dan seluruh negeri lain di semenanjung Malaysia telah mengikuti kursus pembangunan pasukan iaitu “team building” yang diadakan di Ara Event Hall, Ampang pada hari Khamis, 28 November 2019. Seramai 34 orang staf termasuk pengurusan tertinggi Hidayah Centre Foundation turut terlibat dalam kursus yang diadakan seharian ini.

Coach Hafiz Bai telah melatih kesemua staff dalam beberapa modul yang telah disediakan bersesuaian dengan objektif yang telah dirangkakan oleh jabatan sumber manusia HCF. Kesemua staf begitu teruja & bersemangat sekali mengikuti setiap modul yang dijalankan sehingga selesai. Dengan program yang dilaksanakan ini, staf lebih saling mengenali juga lebih termotivasi dalam bersama-sama membangunkan misi & misi organisasi Hidayah Centre Foundation.

Semoga pelbagai ibrah, kerjasama juga manfaat yang dapat diperolehi melalui program ini dapat melonjakkan lagi Hidayah Centre Foundation ketahap yang lebih tinggi lagi suatu hari nanti. InsyaAllah.

Terima kasih diucapkan buat coach Hafiz Bai atas pelbagai aktiviti juga ilmu yang diberikan. Tahniah buat semua staf yang terlibat secara proaktif dalam program yang dijalankan ini. Mohon doakan kami dapat melajukan lagi usaha-usaha dakwah yang dijalankan ini.


Sampaikan Islam, Santuni Mualaf
.
#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top