fbpx

Hidayah Centre Foundation Terima Anugerah

Alhamdulillah. Kami di Hidayah Centre Foundation merafakkan setinggi-tingi kesyukuran kepada Allah atas kurniaan Anugerah Kategori Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang disampaikan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul, Peringkat Wilayah Persekutuan bagi tahun 1441H/2019M ini yang disampaikan oleh YB Puan Hajah Fuziah binti Saleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Jutaan terima kasih diucapkan buat semua yang bersama-sama memberikan sokongan padu berterusan sama ada di kalangan penyumbang, sukarelawan, mualaf, penasihat, penggerak, kakitangan juga masyarakat keseluruhannya.

Terima kasih atas segala titipan doa, pengorbanan masa, keringat, wang ringgit & tenaga dalam menggembeling usaha-usaha berterusan menyampaikan Islam dan pemerkasaan mualaf.

Hj Abdul Rahman Kasim (tengah) bersama pegawai-pegawai HCF
Para hadirin
Timb. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Fuziah bersama penerima-penerima anugerah

Sesungguhnya Hidayah Centre Foundation ini adalah milik ummah. Milik kita semua. Ayuhlah bersama-sama kita usahakannya agar keindahan Islam dapat dinikmati bersama.

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar merekalah orang-orang yang beruntung”.
(Surah Al-Imran: 104)

Sampaikan Islam, Santuni Mualaf
.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami