fbpx

Dakwah Master Training oleh Dr Shabir Ally

Melawati, Kuala Lumpur -Seramai 40orang pendakwah dari seluruh Malaysia yang juga merupakan staff dan sukarelawan Hidayah Centre Foundation telah menjalani latihan “Dakwah Master Training” yang telah disampaikan oleh Dr Shabir Ally pada 30 September hingga 3 Oktober 2019 baru-baru ini.

Dr Shabir Ally merupakan Presiden Islamic Information & Dakwah Centre International di Toronto, Kanada. Dr Shabir Ally merupakan seorang pendakwah yang aktif di Kanada juga merupakan ahli akademik dan penceramah dalam bidang Islam dan perbandingan agama. Beliau juga banyak menghasilkan penulisan buku terutama mengenai agama Islam dan Kristian. Beliau juga merupakan pengasas bagi slot rancangan “Let the Quran Speak” yang mempromosikan kefahaman mengenai Islam dan Muslim kepada seluruh masyarakat dunia.

Sesi yang berlangsung selama 4 hari ini dijalankan sangat interaktif yang melibatkan interaksi dikalangan peserta yang terlibat. Para peserta diajar kemahiran dan teknik berkomunikasi dalam menyampaikan dakwah dengan lebih berkesan lagi. Para peserta turut dibimbing dengan teknik menjawab persoalan-persoalan ataupun salah faham mengenai agama Islam. Soalan-soalan yang biasanya menimbulkan salah faham dikalangan mereka yang bukan beragama Islam

Para peserta turut dibimbing mengenai cara mengaplikasikan kaedah yang diajarkan tersebut dalam sesi praktikal yang diadakan sesama peserta. Dr Shabir Ally berterusan membimbing para peserta agar teknik yang diajar dapat diaplikasikan sepenuhnya.

Semoga usaha melatih pendakwah yang dijalankan ini dapat melonjakkan lagi pelbagai usaha dakwah di seluruh dunia.


#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamSantuniMualaf
#DMT
#Dakwah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top