fbpx

Jom Sokong Perniagaan Putu Mayam Utara!

Ayuh kita bersama menyokong perniagaan salah seorang saudara baru santunan Hidayah Centre Foundation, Puan Hayati Evriana Bangun atau lebih dikenali sebagai Puan Lily. Gerai perniagaan beliau beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula seawal jam 7.00 pagi sehingga jam 6.00 petang. Gerai beliau beroperasi di pinggiran jalan di Taman Desa Cheras berhampiran juga dengan Alam Damai dan Damai Perdana. Sebungkus putu mayam yang mengandungi 10 keping hanya berharga RM3.00 sahaja!

Selain mengusahakan perniagaan putu mayam, Puan Lily juga turut menerima tempahan tapai pulut dan juga kuih-muih yang lain. Beliau juga menerima tempahan masakan lauk-pauk untuk sebarang keraian mengikut kelapangan beliau. Beliau kini turut mengikuti kelas bimbingan mualaf di Hidayah Centre Foundation cawangan Bandar Tun Razak.

Tunggu apa lagi? Jom kita sokong perniagaan yang diusahakan mualaf ini. Terus pergi ke gerai beliau atau hubungi 0134162340 (Puan Lily)

Sampaikan Islam, Santuni Mualaf.
#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami