fbpx

Apa Maknanya Menjadi Rakyat Malaysia?

Ampang, 24 Ogos – Hidayah Centre Foundation dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation Lembah Jaya dan Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) telah menganjurkan Special Open Your Eyes Dinner (SOYED) di Hotel De Palma, Ampang.

Program ini bertujuan untuk memperbetulkan salah faham terhadap agama dan membina hubungan yang baik antara kaum & kepelbagaian agama di Malaysia.


Forum yang bertajuk ” Apa Maknanya Menjadi Rakyat Malaysia” ini terdiri dari barisan panel yang mewakili tiga kaum utamadi Malaysia iaitu Tuan Hj Zun Arif Hakim Abdul Rahman mewakili Melayu, Saudara Kuan Chee Heng (Uncle Kentang) mewakili Cina, Dr. Balachandran mewakili India & Saudara Xifu Naser pula selaku Moderator.

Seramai 71 orang tetamu telah hadir di majlis makan malam tersebut dimana 33 orang daripadanya terdiri dari mereka yang bukan beragama Islam. Forum ini begitu interaktif dimana para hadirin yang hadir berpeluang bertanyakan soalan terus kepada barisan panel. Forum ini mendapat maklumbalas yang sangat baik dan positif daripada para hadirin.

Diharapkan forum – forum seumpama ini dapat diperluaskan lagi dalam usaha mewujudkan kefahaman yang baik antara kaum & agama juga ke arah membentuk Malaysia Baharu yang harmoni.

Sampaikan Islam, Santuni Mualaf.
#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami