fbpx

Bersyahadah Selepas Mendengar slot Islam Agamaku

Ingin kami kongsikan berita gembira bersama anda semua. Sejurus selesai Slot Islam Agamaku yang disirakan secara langsung di radio ikim dan juga laman Facebook Hidayah Centre Foundation pada har Selasa, 6 Ogos baru-baru ini, kami di ibu pejabat Hidayah Centre Foundation, Taman Melawati telah menerima panggilan telefon dari seorang warga Sabah yang ingin bersyahadah.
.
Sebelum itu, beliau mendengar slot Islam Agamaku yang bertajuk HidayahMu sehingga selesai dan mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam. Beliau menghubungi nombor talian pejabat yang turut keudara pada petang itu.
.
Eksekutif kami telah menyantuni dan membimbing beliau juga memberi penerangan sebelum melafazkan syahadah. Alhamdulillah. Allahu akhbar ✊. Pendaftaran pengislaman beliau akan diuruskan oleh pegawai Hidayah Centre Foundation memandangkan saudara baru ini bekerja di semenanjung Malaysia. InsyaAllah, semoga urusan pendaftaran pengislaman beliau dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

Slot Islam Agamaku tajaan Hidayah Centre Foundation akan keudara secara langsung di radio IKIM dan laman Facebook Hidayah Centre Foundation setiap hari Selasa sepanjang tahun 2019 ini. InsyaAllah. Semoga segala pengisisan program ini memberikan manfaat buat semua.


Sampaikan Islam, Santuni Mualaf
.
#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami