fbpx

Islam Jaga Bersih Mayat Abang Saya.

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un
Dari Allah kita datang, kepada-Nya kita kembali.
.
للَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَاعْفُ عَنْهُ وَعَافِهِ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِمَاءٍ وَثَلْجٍ وَبَرَدٍ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدخِلْهُ الجَنَّةَ وَقِهِ فِتْنَةَ الْقَبْرِ وَعَذَابَ النَّارِ

Ya Allah! Ampunilah dan rahmatilah dia, lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukainya dan maafkanlah dia, muliakanlah keadaannya dan luaskan kuburnya. Mandikanlah dia dengan air, salji dan air yang dingin. Bersihkanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana dibersihkan baju yang putih daripada segala kekotoran. Gantikanlah rumahnya yang lebih baik daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka . Riwayat Muslim (963)

Alhamdulillah, semalam telah selesai urusan pengebumian Abdul Rahman bin Abdullah, salah seorang mualaf santunan Hidayah Centre Foundation yang telah pulang ke rahmatullah pada pagi Isnin kerana komplikasi kegagalan buah pinggang berfungsi. Jenazah telah dimandi, di kafan dan di kebumikan di Surau Bilal Ibnu Rabah, Klang dengan disaksikan seluruh ahli keluarganya yang beragama Islam dan yang bukan Islam.

Salah seorang adiknya, Tila yang bukan beragama Islam menyatakan terima kasih atas urusan yang dijalankan pihak Hidayah Centre Foundation dengan bantuan kariah surau. “Orang Islam jaga bersih tubuh badan mayat abang saya. Terima kasih” menurut Tila. Tila pertama kali memasuki surau dan menyaksikan dari awal jenazah diuruskan sehingga selesai pengebumian di tanah perkuburan.

Salam takziah diucapkan buat isteri dan anak-anaknya yang ditinggalkan. Moga arwah Abdul Rahman bin Abdullah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Beliau jugalah antara yang menjadi asbab pengislaman beberapa orang kenalannya yang lain. Moga dikurniakan pahala yang berlipat kali ganda dengan usaha dakwah yang pernah beliau lakukan ini.

أَنَّ لِلَّهِ مَا أَخَذَ، وَلَهُ مَا أَعْطَى، وَكُلُّ شَىْءٍ عِنْدَهُ بِأَجَلٍ مُسَمًّى…فَلْتَصْبِرْ وَلْتَحْتَسِبْ

“Sesungguhnya kepunyaan Allah segala yang telah diambil dan kepunyaan-Nya segala yang telah diberi dan bagi setiap sesuatu di sisi-Nya mempunyai tempoh yang tertentu…bersabarlah dan haraplah pahala daripada Allah”

Terima kasih juga kepada semua pihak yang membantu memudahkan urusan pengebumian ini.

#SampaikanIslamSantuniMualaf

Hidayah Centre Foundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top