fbpx

Terima Kasih MURSHID!

MELAWATI – Pada hari Ahad, 19 Mei 2019 baru-baru ini telah diadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadan oleh Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID) dan Hidayah Centre Foundation bertempat di Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jaya .

Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengurus Saudara Baru Hidayah Centre Foundation, Tuan Hj Abd Rahim Abd Hamid. Wakil pihak Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID) iaitu Ustaz Mustafa juga turut menyampaikan tazkirah berkenaan Ramadan kepada semua tetamu yang hadir.

Seramai 80 orang mualaf telah diraikan pada majlis tersebut dengan menerima sumbangan barangan asas keperluan harian juga pemberian baju percuma. Kesemua mualaf yang hadir melahirkan rasa bersyukur gembira dengan sumbangan yang diberikan. Sedikit sebanyak bantuan yang diberikan membolehkan mereka menjalani ibadah di sepanjang bulan Ramadan ini dengan gembira.

Terima kasih sekali lagi diucapkan buat pihak Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID) atas sumbangan yang diberikan buat mualaf santunan Hidayah Centre Foundation.


Sampaikan Islam, Santuni Mualaf
#HidayahCentreFoundation.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami