Fiqh Mualaf : Satu pencerahan

Taman Melawati -Seminar Fiqh Muallaf anjuran Hidayah Centre Foundation Kuala Lumpur dan Selangor telah diadakan pada hari Sabtu , 20 April 2019 baru-baru ini bertempat di Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jaya.
.
Lebih 60 orang peserta yang terdiri daripada mualaf, pendakwah dan sukarelawan telah hadir ke seminar yang disampaikan oleh Ustaz Dr Mohammad Nidzam Abd Kadir yang juga merupakan pengarang buku Fiqah Muallaf. Program yang dijalankan ini sungguh interaktif dimana semua peserta boleh bertanya secara terus kepada Ustaz Dr Mohammad Nidzam.


Apa yang lebih menarik lagi, program Fiqh Mualaf ini turut dihadiri oleh 3 orang pelajar kelas bimbingan HCF yang masih belum Islam. Mereka turut mengambil kesempatan ini untuk bertanyakan soalan. Pelbagai persoalan yang bermain di fikiran para mualaf, alhamdulillah dapat dijawab dengan baik sekali oleh penceramah. Para mualaf mendapat pencerahan dari sesi soal-jawab yang dijalankan. Antara soalan yang ditanyakan oleh para peserta adalah berkaitan hal kekeluargaan, hal perkahwinan, fiqah akidah dan pelbagai lagi.

Semoga seminar fiqh mualaf yang diadakan ini dapat menambahkan lagi kefahaman dikalangan mualaf dan semua peserta yang hadir. Semoga banyak lagi program seumpama ini dapat dianjurkan lagi di masa akan datang.

Sampaikan Islam, Santuni Mualaf .

#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *