Dakwah Master Training oleh Yusuf Chambers.

Melawati, Kuala Lumpur -Seramai 32 orang pendakwah dari seluruh Malaysia telah menjalani latihan Dakwah Master Training yang telah disampaikan oleh Yusuf Chambers pada 3 hingga 4 April 2019. Yusuf Chambers merupakan salah seorang pendakwah aktif yang terkenal di United Kingdom. Beliau telah mengambil keputusan memeluk Islam pada atahun 1991. Titik tolak dari penghijrahan beliau juga merasakan kemanisan memperoleh hidayah Allah, beliau begitu giat menyampaikan keindahan Islam kepada semua manusia.

Beliau telah mengetuai beberapa organisasi Muslim terutamanya di United Kingdom antaranya adalah Muslim Aid, Al-Jumuah Maganize dan Unity TV. Yusuf Chambers juga antara yang terawal menubuhkan NGO iERA pada bulan Julai 2009. Beliau juga menubuhkan pusat dakwah yang dikenali sebagai The CITY RETREAT di Leicester yang bertujuan menjaga isu kemanusiaan Muslim. Beliau banyak memberikan inspirasi kepada ramai Muslim dalam menjana perubahan di seluruh dunia.

Sesi latihan yang dijalankan oleh Yusuf Chambers

Sesi yang berlangsung selama 2 hari ini dijalankan sangat interaktif yang melibatkan interaksi semua peserta. Peserta diajar kemahiran dan teknik berkomunikasi dalam menyampaikan dakwah dengan lebih berkesan lagi. Selepas setiap satu peringkat dan teknik, para peserta terus mengaplikasikan kaedah tersebut dalam sesi praktikal yang diadakan sesama peserta. Yusuf Chamber akan membimbing para peserta agar teknik yang diajar dapat diaplikasikan sepenuhnya.

Yusuf Chamber telah mempraktikkan kaedah menyampaikan Islam dengan begitu harmoni sekali. Teknik yang di latih juga sangat bersesuaian untuk diaplikasikan di negara Malaysia yang bermasyarakat majmuk ini. Semoga lebih ramai lagi yang dapat pengetahuan mengenai keindahan Islam. Doakan semoga semua pendakwah terus tetap istiqamah menyampaikan agama Islam kepada semua.

Sampaikan Islam, Santuni Mualaf
.
#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *