fbpx

HCF berdakwah kepada belia universiti.

Pada hari Sabtu, 23 Mac 2019 baru-baru ini, Hidayah Centre Foundation telah dijemput untuk mengisi slot perkongsian dalam Muzakarah Dakwah dan Tarbiah Belia Harmoni 2019 (MUDAH) bertempat di Sekolah Menengah Al-Amin, Bangi.

Perkongsian dari saudara Wan Muhammad Wan Ibrahim.


Slot perkongsian ilmu selama dua jam ini telah disampaikan oleh saudara Wan Muhammad Wan Ibrahim, Penolong Pengurus Latihan Hidayah Centre Foundation. Seramai 80 orang peserta telah mengikuti program ini yang terdiri daripada wakil-wakil belia harmoni juga merupakan mahasiswa universiti di seluruh Malaysia.


Sesi perbincangan dan perancangan juga telah diadakan sejurus selepas sesi perkongsian berlangsung. Sesi ini dijalankan bagi mendengar pandangan dan berkongsi pendapat dalam usaha menyemarakkan lagi usaha menyampaikan Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk di kampus-kampus universiti seluruh negara, insyaAllah.

Semoga usaha ini dapat merancakkan lagi usaha dakwah di kalangan belia-belia yang mampu mengorak langkah dengan lebih mampan lagi di masa hadapan.


“Berikan aku 1000 orang tua, nescaya akan ku cabut semeru dari akarnya,
berikan aku 10 orang pemuda, nescaya akan ku goncangkan dunia”

Soekarno




Sampaikan Islam, Santuni Mualaf

#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami