HCF bersama Gabungan NGO Perak Menyantuni Gelandangan.

Ipoh – Pada 16 Mac 2019 yang lalu telah diadakan program menyantuni gelandangan di sekitar Ipoh yang dianjurkan NGO Gabungan Dakwah Malaysia. Antara NGO yang ada ialah dari Hidayah Centre Foundation, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), MACMA, Persatuan Belia Harmoni Ipoh dan Malaysia Punjabi Muslim Association (MyPUMA).

Program mini yang dianjurkan bertujuan mengeratkan hubungan NGO di dalam gabungan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan peserta. Seramai lebih kurang 40 orang dari pelbagai latar belakang yang menjadi sukarelawan bagi program ini. Antaranya, pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah, Institut Pendidikan Guru Ipoh dan daripada Royal College of Medical Perak Ipoh.

Program ini diharapkan dapat menjadi pengikat hubungan antara sukarelawan dari pelbagai latar belakang. Dan diharap dapat memberi sedikit senyuman kepada golongan gelandangan yang disantuni.

Sampaikan Islam, Santuni Mualaf.
#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *