fbpx

HCF dijemput ke majlis berbuka puasa Bahai

Pada hari Sabtu, 9 Mac 2019 baru-baru ini, Hidayah Centre Foundation telah dijemput untuk memberikan penerangan mengenai ibadah puasa Muslim dalam majlis berbuka puasa penganut agama Bahai. Lebih 50 orang tetamu pelbagai agama telah hadir ke majlis yang dianjurkan oleh The Pure Life Society ini.

Pengurus Jabatan Latihan dan Outreach, Tuan Abdul Ghaffar Sharif telah memberikan penerangan kepada semua tetamu yang hadir di dalam majlis tersebut. Peluang yang diberikan ini, diambil sebaik mungkin untuk menerangkan mengenai syariat ibadah puasa yang merupakan salah satu rukun Islam dan wajib dilaksanakan sebagai Muslim.

Sesi soal jawab juga turut diadakan sejurus selepas sesi penerangan bagi memberi ruang kepada para hadirin untuk bertanyakan sebarang kemusykilan mengenai ibadah puasa yang dijalankan oleh umat Islam. Sesi soal jawab ini begitu interaktif sekali, dimana ramai hadirin bertanyakan soalan dan dijawab oleh wakil HCF. Sesi soal jawab ini begitu interaktif sekali. Soalan-soalan telah dijawab dengan baik oleh wakil HCF.
.
HCF juga turut membuka meja pameran Al-Quran dan bahan-bahan penerangan mengenai agama Islam. Ramai di kalangan peserta turut mendapatkan Al-Quran dan bahan bacaan tersebut yang boleh diperolehi dengan percuma.
.
Semoga sedikit usaha ini dapat memberikan kefahaman mengenai agama Islam kepada semua peserta yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang ini. InsyaAllah.

Sampaikan Islam, Santuni Mualaf
.
#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top