fbpx

RETREAT HCF 2019

Baru- baru ini telah diadakan retreat Hidayah Centre Foundation 2019 yang bertempat di Colmar Tropicale Berjaya Hills, Bukit Tinggi. Retreat selama dua hari ini telah dihadiri oleh barisan Lembaga Pemegang Amanah, Ketua Pegawai Eksekutif , pengurus-pengurus juga eksekutif Hidayah Centre Foundation.

Upacara pembukaan retreat ini telah dimulai dengan bacaan ayat suci Al-Quran iaitu surah Al-Hasyr ayat 1 hingga 8 yang dialunkan bacaannya oleh Ustaz Umar Zulkifli. Sedikit tadabur ringkas telah disampaikan untuk mengingatkan setiap dari kami yang menjalankan amanah dalam menyampaikan Islam juga menyantuni mualaf. Peringatan agar kami terus istiqamah dan ikhlas dalam berbuat kebaikan dan berterusan bersedia menyantuni mualaf semampu yang mungkin.

Ucapan pembukaan pula telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hidayah Centre Foundation iaitu Tuan Hj Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah. Beliau memberikan kata-kata motivasi buat semua yang hadir untuk tetap fokus dalam mendepani tahun 2019 ini. Perancangan-perancangan yang lebih strategik dan teliti perlu dirangka bagi memastikan halatuju yang lebih jelas lagi untuk Hidayah Centre Foundation. Beliau juga mengingatkan bahawa Hidayah Centre Foundation ini milik ummah dan perlu diusahakan bersama-sama untuk tahun-tahun yang mendatang ini.

Dengan penglibatan semua kakitangan juga penggerak Hidayah Centre Foundation didalam retreat ini, dapat mencambahkan idea-idea yang lebih bernas dalam menyusun gerak kerja organisasi ini. Sesi retreat begini penting bagi organisasi seperti Hidayah Centre Foundation merangka gerak kerja kehadapan dengan bermuhasabah meneliti semula keperluan-keperluan yang akan datang.

Doakan semoga kami di Hidayah Centre Foundation diberikan ketetapan hati dan motivasi yang tinggi agar dapat terus mengorak langkah ke hadapan dengan lebih cemerlang lagi. Kami turut berterima kasih atas segala sokongan dan dokongan semua penyumbang yang budiman!

Hidayah Centre Foundation ini sesungguhnya milik ummah!

#SampaikanIslamSantuniMualaf
#HidayahCentreFoundation




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami