fbpx

240 mahasiswa UNISEL termasuk bukan Islam sertai seminar dakwah.

SHAH ALAM, 15 Disember – Seramai 240 orang mahasiswa Universiti Selangor (UNISEL) kampus Shah Alam telah menyertai seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk (DDMM) yang telah diadakan pada hari Sabtu baru-baru ini di kampus mereka.

Kumpulan seramai 240 orang mahasiswa dan mahasiswi  tersebut terdiri daripada pelajar tahun dua yang sedang mengambil mata pelajaran elektif pengajian dakwah. Apa yang lebih menariknya adalah, terdapat 5 orang mahasiswa bukan Islam yang turut serta mengambil matapelajaran pengajian dakwah dan turut hadir ke seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk (DDMM) anjuran Hidayah Centre Foundation Selangor. Kesemua mereka mengikuti seminar ini yang bermula seawal jam 8.00pagi hingga 5.30 petang.

Seminar ini telah disampaikan oleh Tuan Hj Noli Hussin, Eksekutif Hidayah Centre Foundation Selangor juga Tuan Hj Morhalim Osman mewakili Hidayah Centre Foundation cawangan Shah Alam. Selain itu, penganjur turut juga menjemput Firdaus Wong Wai Hung, Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM) sebagai salah seorang penceramah pada seminar tersebut.
.
Teori seminar disampaikan pada sebelah pagi berkisar mengenai kewajipan berdakwah, aku ejen syurga dan bagaimana menyampaikan dakwah. Pada sebelah petangnya pula, kumpulan mahasiswa dibahagikan ke kumpulan-kumpulan kecil untuk melakukan praktikal menyampaikan Islam di jalanan iaitu street dakwah. Mahasiswa telah berkesempatan menjalankan program street dakwah di beberapa tempat sekitar Klang, Shah Alam dan juga di pusat membeli-belah Sunway Pyramid.


Rata-rata mahasiswa yang ditemui merasa teruja kerana ini merupakan pengalaman kali pertama mereka menyampaikan Islam dengan turun ke jalanan. Mereka diminta menyampaikan juga menerangkan risalah-risalah berkaitan Islam kepada masyarakat bukan Islam yang ditemui sepanjang program ini dijalankan.

#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamSantuniMualaf


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top