Pada hari Sabtu 6 Oktober 2018, telah diadakan Program Nasihat Kewangan Patuh Syariah, Formula Pengurusan Kewangan Peribadi-i. Program ini telah dijalankan di Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jaya, Taman Melawati.
Program ini telah dihadiri lebih 50 orang saudara baru dari pelbagai latar belakang. Program seumpama ini diharap mampu memperkasakan mualaf dari sudut ekonomi juga pengurusan kewangan mereka.
.
Program ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Fadhli Mohd Faudzi, Master Learning Facilitator MyTijaroh Resources dan Ustaz Muhammad Fahmi Fauzi, speaker dari Bursa Malaysia.
Jutaan terima kasih diucapkan buat penaja program Surau Ar Rusydan, Bursa Malaysia juga pengendali bengkel MyTijaroh Resources dan rakan strategik Hidayah Centre Foundation atas penganjuran program ini.
.
#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamSantuniMualaf