fbpx

INFO HCF| SELAYANG, 31 OGOS – Hidayah Centre Foundation telah bekerjasama dalam penganjuran “Kempen Derma Darah” bersempena Hari Kemerdekaan yang ke 61 pada 31hb Ogos 2018 bertempat di Aras 2, pusat membeli-belah Selayang Mall, Selayang, Selangor.

Lapisan rakyat pelbagai agama dan bangsa bersama-sama dalam kempen derma darah.

Penganjur utama program ini ialah Jawatankuasa Bersama Rumah-rumah Ibadah Kawasan Desa Jaya Kepong yang dianggotai oleh ahli masjid, gereja, tokong, kuil dan gurdwara. Program ini telah diwarnai dengan kehadiran sukarelawan yang memakai baju tradisional kaum atau agama masing-masing. Ia adalah bertujuan menyerlahkan kesatuan dalam kepelbagaian fahaman dan budaya bangsa.
.
Kempen ini telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada pelbagai kaum yang hadir ke pusat membeli belah tersebut. Seramai 160 orang penderma darah telah berjaya direkodkan pada kempen kali ini, melebihi sasaran oleh Pusat Darah Negara iaitu 120 orang penderma. 


Kerjasama dengan pelbagai ahli rumah ibadah seperti ini perlu diteruskan, diutuhkan & digiatkan lagi ke arah membina Malaysia yang harmoni dan masyarakat yang saling hormat menghormati.
.
Diharapkan agar rakyat Malaysia terus berlumba-lumba dan lebih cakna dengan kempen-kempen seperti ini sebagai satu tangggungjawab sosial dan membuka ruang untuk menyumbang kepada negara tercinta.

Merdeka, Merdeka, Merdeka… ?
.
#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamSantuniMualaf
#SayangiMalaysiaku

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami