fbpx

1 SYAWAL BERSAMA SAUDARA BARU

Suasana Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang telah dianjurkan oleh Hidayah Centre Foundation Ampang Jaya pada pagi 1 Syawal 1439H baru-baru ini.

Majlis ini diadakan bagi meraikan saudara baru dan keluarga mereka yang belum Muslim bagi bersama-sama merasai sambutan Hari Raya Aidilfitri. Rata-rata saudara baru yang hadir melahirkan rasa gembira atas majlis yang diadakan ini.

Majlis yang bermula jam 9.30pagi ini dimulakan dengan mengalunkan takbir bersama-sama dan disusuli dengan jamuan hari raya. Majlis juga turut meraikan anak-anak saudara baru dengan pemberian duit raya.

Semoga sedikit usaha yang dijalankan ini dapat menggembirakan hati saudara-saudara baru kita meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan.

 

                    
#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamSantuniMualaf
#Syawal1439H

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami