fbpx

11 Mac 2018 ( Ahad ), Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran pada Ilahi kerana dengan izin-Nya Forum Momogun Muslim dapat dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Kampung Mosolog Kota Marudu Sabah.

Program forum ini dijayakan bersama dengan AJK Masjid Kampung Mosolog dan Rakan Hidayah Centre Cawangan Kota Marudu.Alhamdulillah dengan kehadiran wakil daripada JHEAINS Kota Marudu yang diwakili oleh Ustaz Azalan Saiwah Pegawai Penyelaras Masjid, USIA bahagian Kota Marudu, Ketua Kampung Mosolog, pengerusi-pengerusi surau sekitar Tandek dan seramai 100 orang penduduk Islam Kampung Mosolog yang majoritinya Suku Dusun Kimaragang dan 2 orang Non Muslim yang hadir dalam memeriahkan program ini.

Antara objektif forum ini adalah seperti berikut :

  1. Memberi kefahaman kepada masyarakat bukan Islam bahawa Mengetengahkan identiti Masyarakat Momogun Muslim kepada masyarakat di Sabah
  2. Menjalinkan hubungan persaudaraan antara masyarakat momogun muslim dengan non-muslim
  3. Perayaan Tadau Kamatan boleh diraikan dalam batas-batas Islam

Barisan ahli panel yang menjayakan forum ini iaitu Tuan Haji Nicholas Sylvester ( Pengerusi Hidayah Centre Foundation ), Tuan Haji Jamaluddin Ominshil Abdullah (Exco Momogun Semalaysia) dan Ustaz Ikhwan Abdullah (Pembantu Dakwah JHEAINS Kota Marudu) dan Moderator Forum iaitu Puan Oneh @ Latifah Osman (Guru dan aktivis budaya Momogun) yang dapat memberi kupasan yang menarik demi merealisasikan objektif forum ini tercapai.

Kami daripada Hidayah Centre Foundation Cawangan Kota Marudu merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada JHEAINS Kota Marudu, Ketua Kampung Mosolog, AJK Masjid Kampung Mosolog, USIA bahagia Kota Marudu, rakan-rakan NGO dalam Badan Dakwah Kota Marudu dan Rakan Hidayah Centre cawangan Kota Marudu dan semua penduduk Islam Kampung Mosolog dalam sama-sama menjayakan program forum ini, semoga apa yang kita sumbangkan bersama-sama dikira oleh Allah SWT sebagai amal ibadah kita disisi-NYA.

 

11 Mac 2018 ( Ahad ), Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran pada Ilahi kerana dengan izin-Nya Forum Momogun Muslim dapat…

Posted by Hidayah Centre Sabah on Rabu, 14 Mac 2018

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami