fbpx

24 Febuari 2018 (Sabtu), Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran pada Ilahi kerana dengan izin-Nya Forum Momogun Muslim dapat dilaksanakan dengan jayanya di Masjid Riyadhus Solihin Kampung Merampong Keningau Sabah. Program forum ini dijayakan bersama dengan AJK Masjid Riyadhus Solihin dan Rakan Hidayah Centre Cawangan Keningau Serta Pertubuhan USIA Bahagian Keningau. Alhamdulillah seramai lebih 300 orang penduduk kampung Merampong dan juga masyarakat Momogun sekitar Keningau hadir memeriahkan majlis pada ketika itu. Antara objektif forum ini adalah seperti berikut :

1. Memberi kefahaman kepada masyarakat bukan Islam bahawa Mengetengahkan identiti Masyarakat Momogun Muslim kepada masyarakat di Sabah
2. Menjalinkan hubungan persaudaraan antara masyarakat momogun muslim dengan non-muslim
3. Perayaan Tadau Kamatan boleh diraikan dalam batas-batas Islam

Barisan ahli panel yang menjayakan forum ini iaiah Tuan Haji Nicholas Sylvester (Pengerusi Hidayah Centre Foundation), Tuan Haji Kaipin Haji Rosmin (Ahli Majlis Tertinggi USIA Sabah) dan Ustazah Nooraidah Hidayah Dakun Abdullah (Ketua Wanita USIA Keningau Merangkap Pengerusi Hidayah Centre Keningau) dan Moderator Forum iaitu Ustaz Esibi Lakui (Pengerusi Masjid Riyadhus Solihin) yang dapat memberi kupasan yang menarik demi merealisasikan objektif forum ini tercapai.

Kami daripada Hidayah Centre Foundation Cawangan Keningau merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pertubuhan USIA Bahagian Keningau, Ketua Kampung Merampong, AJK Masjid Riyadhus Solihin, rakan-rakan NGO dan Rakan Hidayah Centre cawangan Keningau dan semua penduduk Islam Kampung Merampong yang telah sama-sama menjayakan program forum ini,semoga apa yang kita sumbangkan dikira oleh Allah SWT sebagai amal ibadah kita disisi-NYA. Ponsikou Kio, Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalas jasa kalian.

” Ayuh bantu kami membantu saudara baru.

Hulurkan bantuan dan sumbangan anda kepada Hidayah Centre Foundation Sabah :

  • Bank Islam : 1211 3010 0494 33 
    Maybank : 5622 0962 4421 
    emelkan resit ke [email protected]

” Sampaikan Islam Santuni Mualaf”

24 Febuari 2018 ( Sabtu ), Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran pada Ilahi kerana dengan izin-Nya Forum Momogun Muslim…

Posted by Hidayah Centre Sabah on Rabu, 21 Mac 2018

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami