fbpx

Sambutan Tahun Baru Cina Dun Pantai Jerejak 2018

25 Februari 2018 (Ahad)

7.30 pagi-1.00 tengahari

Seramai hamper 1000 orang dari pelbagai lapisan umur dan masyarakat turun padang menghadiri Sambutan Tahun Baru Cina Dun Pantai Jerejak 2018.

Program adalah anjuran Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang (HCFPP) dan Pejabat Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang (TKM1) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Pertubuhan IKRAM Malaysia, Revert Sports Club (RSC), dan JKKK Mayang Pasir, Malaysia Chinese Association (MACMA), Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA).

Pelbagai aktiviti disediakan untuk pelbagai peringkat umur peserta seperti menunggang kuda, memanah, sukaneka, pertandingan mewarna. Hadirin juga berpeluang melawat pameran, menderma darah, membuat pemeriksaan kesihatan dan melihat demonstrasi daripada agensi-agensi tertentu. Di awal pagi, program dimulakan dengan acara Taici dan Harmony walk/cycling sekitar kawasan kejiranan bermula dari padang JKKK Mayang Pasir di mana berlangsungnya program.

Selain itu, program tahunan ini juga dimeriahkan lagi dengan Tarian Singa, cabutan bertuah, Kuiz, Jamuan makanan, dan pemberian Angpau daripada penganjur kepada kanak-kanak.
Antara VIP yang hadir ke program ialah YB Hj Mohd Rashid Hasnon , YB Sim, YB Malek, Pengerusi NGO dan agensi penganjur beserta Pengarah Program. Keseluruhan program telah dbantu oleh para sukarelawan Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang yang terdiri daripada orang awam dan pelajar IPT.

Program mendapat sambutan yang baik dan menggalakkan walaupun ia pertama kali diadakan di padang JKKK Mayang Pasir ini. Ada pengunjung yang tidak melepaskan peluang menghadiri sambutan ini sejak ia diadakan di padang Pantai Jerejak pada tahun-tahun yang lalu.

 

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1896924197016255.1073741923.128942180481141&type=3

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top