fbpx

Ringkasan Sejarah Khulafa Ar-Rashidin, Banu Umayyah, Abbasiyyah, Uthmaniah

Penyampai : Dr. Jefri Irwan Harris (Pendakwah Bebas IDT)

Tarikh : 3 Feb 2018 (Sabtu)

Tempat : Dewan Sekolah Agama Sungai Ara, Bayan Lepas

Alhamdulillah, tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan kursus ini. Seramai 100+ orang yang telah hadir di kursus yang telah berlangsung dari jam 9 pagi dan berakhir jam 5.30 petang.

Antara pengisian yang amat bermakna yang dapat sepanjang kursus ini ialah kita perlu belajar daripada sejarah. Jika tidak, sejarah yang tidak baik akan berulang. Point lain yang penting juga ialah perlunya perancangan yang teliti dan berterusan, sabar dan ikhlas kerana Allah. Jika tidak, akan banyak perkara/tindakan kita akan dipengaruhi oleh nafsu dan menyebabkan kita tersasar.

Daripada kursus ini juga, peserta dapat mengetahui bagaimana ‘sistem’ khalifa jatuh dan bangun.

Semoga peserta yang hadir pada kursus kali ini dapat mengambil manfaat kepada diri sendiri dan juga dikongsi dan disebarkan kepada masyarakat sekeliling.

Jutaan penghargaan terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan kursus pada kali ini. Semoga Allah memberkati dan mengurniakan ganjaran berlipat ganda di dunia dan akhirat.

Bagi sesiapa yang berminat menyumbang tenaga dan idea atau berbentuk kewangan, boleh lah hubungi kami.

#Bagi sesiapa yang belum dapat sijil, anda boleh menuntut di booth semasa sambutan CNY pada 25 Feb 2018 ini. Jumpa anda disana..
#DrJefri
#Sejarah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top