fbpx

Street Dakwah Remaja

Di sekitar program Street Dakwah oleh IkramTeens SPU dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang (HCFPP).

Program Street Dakwah hari ini ialah program selari di program Halaqah Qaseh (Siri 10) yang dianjurkan oleh Wanita Ikram SPU.

Alhamdulillah penyertaan yang sangat menggalakkan dari para remaja di sekitar SPU yang datang dari pelbagai sekolah yang berbeza. Kesemuanya sangat hebat dan berani dalam melakukan aktiviti Street Dakwah hari ini.

Peserta didedahkan dengan teknik-teknik Street Dakwah oleh wakil HCFPP yang berpengalaman dalam aktiviti Street Dakwah dan kemudian mereka semua dibawa untuk bertemu dengan sahabat-sahabat berlainan agama untuk bercakap tentang Islam.

Antara objektif yang dicapai ialah, pendedahan awal terhadap keperluan dakwah dalam masyarakat majmuk. Juga penekanan terhadap pembentukan jati diri muslim dalam diri setiap individu sebagai medium dakwah yang paling baik.

Tahniah kami ucapkan kepada semua peserta. Semoga adik-adik semua menjadi pendakwah yang hebat-hebat di masa hadapan kelak inshaAllah.

 

Di sekitar program Street Dakwah oleh IkramTeens SPU dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang (HCFPP)….

Posted by IKRAM SPU on Ahad, 29 Oktober 2017

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami