fbpx

Pelajar Sekolah Rendah Berkhidmat Untuk Mualaf

Perkara : Ziarah Saudara Baru & Khidmat Masyarakat
Tarikh : 13 Oktober 2017, Jumaat
Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : Surau Darul Fikri Telibong, Tamparuli

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT program khidmat masyarakat yang diadakan di Surau Darul Fikri Kg Telibong dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program ini adalah hasil kerjasama Hidayah Centre Foundation Kawasan Kota Kinabalu bersama Sekolah Rendah Islam Al Amin Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan AJK Surau Darul Fikri, Telibong.

Program ini telah melibatkan guru-guru dan pelajar tahun 6 SRI Al-Amin yang baru selesai menduduki UPSR. Para pelajar sangat teruja dalam membantu melaksanakan aktiviti kemasyarakatan ini.

Antara aktiviti yang dilaksanakan bersama penduduk kampung adalah mengecat surau dan ziarah saudara baru di sekitar kampung. Penduduk kampung sangat bersyukur dan berterima kasih atas sumbangan yang diberikan demi mengimarahkan surau dan meringankan beban saudara baru di kampung tersebut.

Objektif Jaulah & Khidmat Masyarakat :

1. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang budaya dan adat resam masyarakat Sabah.
2. Melahirkan anak-anak yang bersahsiah dan bersifat empati.
3. Melahirkan generasi yang beriman dan beramal.

Jom Menyumbang ke Hidayah Centre Foundation :

Maybank: 5622 0962 4421
Bank Islam : 1211 3010 0494 33
Bank Rakyat : 1104 6100 0356

Emailkan ke [email protected]

Mari sama-sama menyantuni dan memberdayakan saudara baru!

#SampaikanIslamSantuniMuallaf

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1679077478820593.1073742099.326759374052417&type=3

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top