Qurban For Mualaf – Kota Marudu

Alhamdulillah, Hidayah Centre Foundation Kawasan Kota Marudu sekali lagi diamanahkan untuk melaksanakan program ibadah qurban tahun 2017. Ibadah qurban pada tahun ini telah dilaksanakan di tiga tempat iaitu di Surau Al-Mawaddah Kg Nolotan,Kg Morion & Kg Tondig di daerah Kota Marudu. Pelaksanaan ibadah qurban ini dilakukan pada 1 hingga 3 September 2017.

Seramai 151 orang Mualaf & 2 orang belum Islam mendapat agihan daging qurban yang terdiri dari fakir miskin dan warga emas. Program qurban ini bertujuan menyantuni golongan asnaf mualaf agar mereka bersama-sama dapat merasai keberkatan dan kemeriahan ibadah qurban.

Disamping itu, kami juga berkongsi kepada mereka tentang adab-adab melaksanakan ibadah qurban yang merangkumi aspek penyembelihan, pengagihan daging dan perkara-perkara berkaitan ibadah qurban yang mengikut syarak.

Akhir kata, sekalung penghargaan kami ucapkan kepada para penyumbang yang telah mengambil bahagian dalam ibadah qurban pada tahun ini. Kami doakan semoga Allah melimpahkan rezeki yang berkat dan baik kepada kita semua.

Firman Allah swt yang bermaksud “Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.” Surah Al-Haj 22:37

Teruskan membantu kami menyantuni mualaf dengan menyalurkan sumbangan anda secara berterusan di Maybank 5622 0962 4421, The Trustees of Hidayah Centre Foundation.

#Qurban4Mualaf
#SampaikanIslamSantuniMualaf

Alhamdulillah, Hidayah Centre Foundation Kawasan Kota Marudu sekali lagi diamanahkan untuk melaksanakan program ibadah…

Posted by Hidayah Centre Sabah on Selasa, 12 September 2017

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *