• Lot 300.3, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, KL
  • 03-4108 9669
  • admin@hidayahcentre.org.my
INFAQ

Hj. Jamaludin Shahidan

Ahli

JAMALUDIN BIN SHAHIDAN, anak kelahiran  Pulau Pinang dilahirkan pada 15 Jun 1963. Memulakan persekolahan awal  di Sekolah Rendah Methodist, Pulau Pinang dari tahun 1970 hingga 1975. Kemudian beliau melanjutkan persekolahan menengah di Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah dari tahun 1976 hingga 1981. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi di Institut Teknologi Mara dari tahun 1982 hingga 1985 dalam bidang perakaunan. Semasa di peringkat diploma ini, beliau telah  mendapat keputusan cemerlang lantas ditawarkan Hadiah Biasiswa Bank Bumiputra Malaysia Bhd dengan syarat berkhidmat dengan Bank Bumiputra atau kumpulan syarikat-syarikat  selepas tamat kursus tersebut.     Jamaludin adalah pengasas JS Associates Sdn Bhd (JSASB) dan  Jamal, Amin & Partners (JAP) adalah merupakan pemegang saham terbesar. Beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan di JSASB) manakala memegang jawatan Rakan kongsi Urusan di JAP. Hasil perancangan yang rapi dan pengurusan yang cekap dan mantap serta cemerlang,  JAP telah diktirafkan oleh Jabatan Audit Negara sebagai firma audit melayu  yang terbesar di Malaysia pada tahun 2008 dan 2010 dan menjadi firma melayu pertama mengekspot perkhidmatan ke luar negara seperti Sudan, Arab Saudi dan Indonesia. Seterusnya, beliau menjadikan  ibupejabat di Kuala Lumpur serta membuka  sembilan  (9) pejabat cawangan  di seluruh Malaysia bermula di Alor Setar (1997), Kuala Lumpur (1998), Johor Bahru (1999), WP Labuan (2001), Pulau Pinang (2003), Kota Bharu (2005), Kangar (2006), PWTC (2007) dan Kota Kinabalu (2008).     Di samping itu, Jamaludin juga menubuhkan lagi syarikat iaitu JS Corporate Services (1997), Jamal Amin Tax Services Sdn Bhd (2002) dan JS Consulting Sdn Bhd (2005). Manakala JS Ever Safe Sdn Bhd (1998) telah dianugerahkan Pingat Wakil Individu Terbaik Malaysia dari Takaful Nasional pada 2004 – 2005. Pada tahun 2012, Jamaludin telah membuat keputusan untuk bersara dari Jamal, Amin & Partners.  Jamaludin telah memutuskan untuk membangunkan sebuah firma audit yang ditubuhkan pada tahun 2002 iaitu JS Associates, Chartered Accountants (JSACA). Dalam meningkatkan lagi kredibiliti, integriti dan personaliti sekaligus kemampuan yang lebih tinggi, beliau melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat paling tertinggi iaitu Ijazah Kedoktoran Falsafah (PhD) dalam pengkhususan bidang keusahawanan di Universiti Utara Malaysia yang tamat pada tahun 2017.     KEAHLIAN BADAN PROFESIONAL  Dalam keahlian badan-badan profesional, Jamaludin  merupakan ahli kepada  Malaysian Institute of Accountants  (MIA) dan Chartered Tax Institute of  Malaysia (CTIM).  Beliau juga merupakan juruaudit berlesen kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Persatuan Nelayan Malaysia, Kesatuan Sekerja Malaysia dan Lembaga Pertubuhan Peladang, Malaysia. Manakala, JSACA adalah firma audit yang berdaftar dengan Perbendaharaan Malaysia dan Kementerian Kewangan untuk melayakkan JSACA untuk membuat  kerja-kerja dibawah kelolaan Jabatan Audit Negara, agensi-agensi Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC). Seterusnya, beliau juga juruaudit berdaftar kepada  Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk mengaudit syarikat-syarikat kepentingan awam (PIE) contohnya (selain pengauditan berkanun) adalah penyenaraian awam (public listing), due diligent dan sebagainya. Setakat ini tidak sampai sepuluh (10) individu bumiputra di Malaysia yang memilikki lesen ini. Dalam usaha memperkuatkan lagi jentera pentadbiran dan pengurusan, beliau akhirnya membuat keputusan membeli sebuah bangunan yang dinamakan Wisma JS,  di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor pada tahun 2013.    

PENGLIBATAN DAN JAWATAN DALAM BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

Dalam aktiviti kemasyarakatan terutama masyarakat usahawan Malaysia, Jamaludin bergiat aktif dalam beberapa Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) serta  telah dan sedang mejawat beberapa jawatan penting (Jawatan Terakhir). Diantaranya ialah:

 
  1. Badan Pembangunan Usahawan Malaysia BPUM (1994 -1998) – Setiausaha Agong.
 
  1. Persatuan Pedagang & Pengusaha Melayu Malaysia PERDASAMA (1998-2003)- Setiausaha Agong dan Timbalan Pengerusi, Biro Korporat Profesional (KOPRO).
 
  1. Dewan Perniagaan Islam Malaysia DPIM (2003 - 2008)- Timbalan Pengerusi Biro Jaringan Global dibawah Tan Sri Yussof Latiff dan Ahli Jawatankuasa, Biro Korporat dibawah Tan Sri Muhammad Ali Hashim.
 
  1. Muslim Business Network of Malaysia MUBIN (2010 hingga sekarang) – mendapat ANUGERAH KHAS MUBIN diatas perjuangan mengumpulkan usahawan muslim seluruh Malaysia hingga tertubuhnya persatuan  perniagaan MUBIN.
 
  1. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Putrajaya DPMM (2012 hingga sekarang) mantan Setiausaha Kehormat, mantan Pengerusi Biro Pembangunan Keusahawanan, masih menjadi Penasihat kepada Pengerusi Pasukan Usahawan Angkatan Strategik (PUAS), Ahli Majlis Perhubungan Antarabangsa dan Ketua Program, Ijazah Kedoktoran Falsafah (PhD) dengan kerjasama antara DPMM Putrajaya dan Universiti Utara Malaysia (UUM).
 
  1. Ahli Lembaga Pemegang Amanah Hidayah Centre Foundation (HCF), Pusat sejak 2014. Dilantik semula untuk penggal kedua baru-baru ini.

Bersama Kami Sampaikan Islam, Santuni Mualaf

Join Our Team