Qurban For Mualaf

Ibadah korban merupakan syiar Islam yang sangat dituntut di bulan Zulhijjah yang bakal menjelang tiba ini. Apatah lagi jika dilaksanakan untuk mereka yang sangat-sangat memerlukan seperti golongan saudara baru kita.

Program Ibadah Korban bersama saudara baru telah dianjurkan saban tahun dengan memberikan tumpuan kepada negeri Sabah dan Sarawak. Alhamdulillah, pada tahun ke-3 penganjuran ini, Hidayah Centre Foundation akan meneruskan pelaksanaan ibadah korban dengan sasaran sebanyak 50 ekor lembu untuk diagihkan kepada lebih 2000 orang saudara baru. Agihan sasaran ibadah korban pada tahun ini adalah sebanyak  28 ekor lembu di Sabah, 2 ekor lembu di Sarawak dan 20 ekor lembu di semenanjung.


Program ini diadakan bertujuan memberikan pendedahan kepada saudara baru mengenai ibadah korban yang dijalankan oleh umat Islam. Program ini juga dijalankan untuk memberi peluang kepada saudara baru untuk merasai sendiri suasana sambutan Aidiladha.

“Tidak ada satu amalan anak Adam yang paling disukai Allah di hari-hari Aidil Adha melainkan ibadah qurban…” [ HR Tirmizi, Ibn Majah dan Hakim]

Hidayah Centre Foundation mengajak semua umat Islam untuk berkongsi secebis kegembiraan buat saudara baru dengan menyertai Qurban for Mualaf. Hanya RM690.00 untuk penyertaan kempen Qurban for Mualaf bagi melaksanakan korban satu bahagian lembu dan RM1200.00 untuk seekor kambing.

Jom! bersama kita sebar luaskan kempen ini kepada semua kenalan seluruh negara. Mudah-mudahan ada saham akhirat buat kita semua.

Qurban anda, kegembiraan mereka!

#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamSantuniMualaf