• Lot 300.3, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, KL
  • 03-4108 9669
  • admin@hidayahcentre.org.my
INFAQ

Archives

Sokongan Bisnes

Untuk menjadikan saudara baru lebih berdikari, kita juga akan memberikan sokongan dan bantuan perniagaan kepada saudara baru. Kami menyediakan modal untuk membolehkan mereka memulakan perniagaan kecil-kecilan : Shah Fazli Chen – Modal dan panduan perniagaan untuk menjual Jus Mangga. Muhamad Sani Chin – Modal untuk menjual sayur-sayuran. Farah Lilian – Modal untuk menjual biskut. Nur

Kaunseling

Kami menyediakan servis kaunseling kepada saudara baru yang mengalami masalah tekanan emosi, hilang sokongan daripada keluarga dan rakan, masalah kewangan, didikan agama dan sebagainya. Saudara baru juga boleh dapat sesi khusus untuk mempelajari Islam seperti cara-cara mendirikan solat, mempelajari al-Quran dan sebagainya. Pegawai dan sukarelawan kami rela meluangkan masa untuk memenuhi kehendak mereka. Servis ini

Rumah Perlindungan Hidayah

Hidayah Centre menyediakan lima rumah transit yang beroperasi di beberapa buah negeri.  Tujuan rumah transit ini : Menyediakan perlindungan sementara kepada saudara baru yang memerlukan. Memberi masa kepada saudara baru untuk mencari penyelesaian terhadap masalah mereka. memberikan peluang untuk belajar Islam dan menguatkan kefahaman mereka tentang Islam. Melatih saudara baru untuk berdikari sebagai persediaan sebelum

Mualaf Aid

Lebih 300 keluarga mualaf telah kami ziarahi sepanjang tahun 2015. Aktiviti ini digerakkan oleh para sukarelawan Hidayah Centre di seluruh Malaysia supaya dapat membina hubungan ukhuwwah dengan saudara baru. Setiap saudara baru yang diziarahi akan menerima sekotak ‘Mualaf Aid’ sebagai hadiah dan bantuan untuk keperluan harian mereka. Please follow and like us:

Kelas Bimbingan Mualaf

Sebanyak 23 cawangan Hidayah Centre di seluruh negara menganjurkan kelas mingguan untuk saudara baru dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Kelas juga turut terbuka kepada bukan muslim yang berminat untuk belajar dan mendalami Islam.   Subjek yang akan dipelajari : Aqidah dan Tauhid Seerah/Sejarah hidup Nabi Muhammad SAW Feqah dan Ibadah Quran dan Iqra’