• Lot 300.3, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, KL
  • 03-4108 9669
  • admin@hidayahcentre.org.my
INFAQ

Archives

Latihan Dakwah

Usaha dakwah dalam masyarakat majmuk memerlukan bukan sekadar kuantiti, malah kualiti pendakwah yang mantap kefahaman dan kemahiran dakwahnya. Untuk melahirkan takungan dakwah sebegini memerlukan proses latihan dakwah yang berkesan dan bernafas panjang. Justeru, projek latihan dan perkaderan yang digerakkan oleh HCF amat penting dan dapat membantu mencapai visi dan misi dakwah yang dihasratkan. Please follow

Program Pelbagai Budaya

Hidayah Centre telah menganjurkan program-program pelbagai budaya bagi mendekati masyarakat yang berbilang bangsa dan membetulkan salah faham terhadap Islam. Kami berusaha ke arah melahirkan masyarakat berbilang bangsa yang hidup secara harmoni. Please follow and like us:

Street Da’wah

Setiap tahun, lebih 1000 orang sukarelawan telah menyertai aktiviti Street Da’wah secara serentak di seluruh Malaysia. Sebuah pendekatan yang unik dan santai bagi mendekati masyarakat majmuk untuk berkongsi risalah Islam serta mendapatkan pandangan mereka tentang Islam. Please follow and like us:

Interfaith Dialogue

Dialog yang harmoni memberi ruang kepada masyarakat majmuk mengenali Islam dengan lebih baik dan menjelaskan salah faham masyarakat terhadap Islam. Please follow and like us:

Mualaf Aid

Lebih 300 keluarga mualaf telah kami ziarahi sepanjang tahun 2015. Aktiviti ini digerakkan oleh para sukarelawan Hidayah Centre di seluruh Malaysia supaya dapat membina hubungan ukhuwwah dengan saudara baru. Setiap saudara baru yang diziarahi akan menerima sekotak ‘Mualaf Aid’ sebagai hadiah dan bantuan untuk keperluan harian mereka. Please follow and like us:

Kelas Bimbingan Mualaf

Sebanyak 23 cawangan Hidayah Centre di seluruh negara menganjurkan kelas mingguan untuk saudara baru dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Kelas juga turut terbuka kepada bukan muslim yang berminat untuk belajar dan mendalami Islam.   Subjek yang akan dipelajari : Aqidah dan Tauhid Seerah/Sejarah hidup Nabi Muhammad SAW Feqah dan Ibadah Quran dan Iqra’