• Lot 300.3, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, KL
  • 03-4108 9669
  • admin@hidayahcentre.org.my
INFAQ

Rakan Hidayah merupakan satu komuniti sukarelawan yang bernaung di bawah Hidayah Centre Foundation, sebuah pusat sokongan saudara baharu dan dakwah kepada masyarakat majmuk. Peranan utama Rakan Hidayah ialah membantu pelaksanaan projek-projek anjuran Hidayah Centre Foundation. Selain daripada bertindak sebagai penyelaras kepada semua aktiviti dan gerak kerja sukarelawan, Rakan Hidayah juga melaksanakan program sesama sukarelawan bagi memupuk persefahaman dan ukhwah yang berkekalan.

Rakan Hidayah sentiasa mengalu-alukan seluruh lapisan masyarakat untuk menyertai komuniti sebagai ahli dan sukarelawan. Mari gembleng tenaga bersama kami, kita berganding bahu menjayakan misi “Sampaikan Islam, Santuni Muallaf”!

 

Kalau hidup hanyalah sekadar hidup, kera di rimba juga hidup. Kalau kerja hanyalah sekadar kerja, kerbau di sawah juga bekerja.
– H a m k a –