• Lot 300.3, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, KL
  • 03-4108 9669
  • admin@hidayahcentre.org.my
INFAQ
In

Sokongan Saudara Baru

Hidayah Centre Foundation (HCF) ditubuhkan dengan aspirasi untuk menyantuni saudara baru. Mereka yang baru memeluk agama fitrah ini iaitu Islam umpama golongan Muhajirin yang memerlukan sokongan golongan Ansar ketika mana hijrah umat Islam ke Madinah.

Apabila seseorang itu kembali kepada agama fitrahnya, sesetengahnya menghadapi pelbagai cabaran antaranya penentangan daripada pihak keluarga yang belum atau kurang memahami, pemulauan rakan sekerja dan rakan sekeliling, kehilangan pekerjaan dan lain-lain cabaran. Manakala cabaran paling besar pula adalah tuntutan penghayatan dan pengamalan Islam yang baru dianuti itu. Mereka sangat  memerlukan bimbingan dan huluran kasih sayang daripada Muslim sedia ada.

Oleh itu, HCF membuka ruang dan peluang kepada masyarakat untuk bersama menyantuni dan membantu mereka dengan menjadi sukarelawan membantu aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti ziarah, kelas bimbingan dan lain-lain. Kita juga membuka ruang kepada masyarakat untuk menyumbang serendah RM1 sehari melalui Ansar Initiative untuk menyokong kumpulan ini melalui kami. Besarlah harapan kami agar masyarakat bersama kami kerana saudara baru itu saudara kita dan amanah kita bersama.

Please follow and like us: