• Lot 300.3, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, KL
  • 03-4108 9669
  • admin@hidayahcentre.org.my
INFAQ
In Selangor,W.Persekutuan KL

Majlis Penyerahan Al-Quran dan Kelengkapan Solat

Putrajaya, 14 Mac 2018 – Hidayah Centre Foundation (HCF) telah menganjurkan majlis penyerahan AlQuran dan kelengkapan solat kepada saudara baru sekitar Lembah Klang. Seramai kira-kira 150 orang saudara baru telah hadir dalam majlis tersebut yang diadakan di auditorium Masjid Putra,Putrajaya.

Majlis ini telah disempurnakan dengan jayanya oleh Tan Sri Othman Mustapa, Ketua Pengarah JAKIM yang mewakili Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki. Teks ucapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi telah dibacakan oleh Ketua Pengarah JAKIM iaitu Tan Sri Othman Mustapa. Ucapan beliau antara lain memuji usaha Hidayah Centre Foundation (HCF) atas penganjuran majlis seumpama ini dan berharap majlis sebegini dapat di teruskan lagi pada masa akan datang.

Program ini adalah yang kali ke tiga telah dianjurkan oleh Hidayah Centre Foundation. Kali pertama program ini dianjurkan adalah pada tahun 2015 dan kali kedua telah dianjurkan pada tahun 2016. Pada tahun ini, kesemua saudara baru yang hadir telah menerima senaskah al-quran, wang cenderahati juga telekung tajaan Telekung Siti Khadijah

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengerusi HCF, Haji Nicholas Sylvester,  Pengurus Besar HCF, Haji Abdul Rahman Kasim, Penasihat Gabungan Dakwah Malaysia, Dato’ Zainal Abidin Abdul Kadir dan, Pengasas Telekung Siti Khadijah, Puan Padzilah Enda Sulaiman.

Penganjuran program ini diharapkan dapat lebih memberi semangat buat semua saudara baru yang disantuni untuk terus menghayati, memahami dan mengamalkan agama Islam dengan lebih sempurna. Semoga lebih banyak lagi program bimbingan dan sokongan saudara baru dapat dianjurkan lagi selepas ini.

Please follow and like us:
%d bloggers like this: