• Lot 300.3, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, KL
  • 03-4108 9669
  • admin@hidayahcentre.org.my
INFAQ
In Selangor

Masjid Terbuka semperna sambutan Tahun Baru Cina 2018

Telah berlangsung program Masjid Terbuka 2018 sempena sambutan Tahun Baru Cina di Masjid Al-Faizin, Taman Desa Jaya, Kepong. Program ini telah dianjurkan dengan kerjasama Masjid Al-Faizin, Hidayah Centre Foundation (HCF),Pertubuhan IKRAM Malaysia kawasan Selayang & Interactive Dakwah Training (IDT). Program ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Zainal Abidin Bin Hj Sulaiman, Kadi Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.
Seramai lebih 1500 orang penduduk sekitar Kepong telah hadir memeriahkan program ini dimana seramai lebih 300 orang pengunjung adalah terdiri bukan beragama Islam. Pelbagai aktiviti juga telah diadakan sepanjang majlis ini dilangsungkan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah jualan pelbagai makanan & minuman Cina, India & Melayu, jelajah masjid, forum hab halal, hijab photo booth, pemeriksaan kesihatan percuma, pameran denggi, pameran Malaysian’s Againts Pornography (MAP), pameran E-cycle dan aktiviti memanah.

 

Kupon percuma telah disediakan kepada pengunjung bukan Islam yang mendaftarkan diri ke program ini. Kupon percuma ini membolehkan pengunjung mendapatkan makanan mahupun barangan runcit yang dijual, secara percuma. Di antara tetamu yang hadir ialah pengerusi dan wakil ketua NGO agama yang telah diziarahi sebelum penganjuran masjid terbuka ini iaitu Kuil Thirumurugan, Tokong Buddhist Samnak Sambodhi & Chapel of Christ the Light, Taman Desa Jaya.

Aktiviti jelajah masjid telah mendapat sambutan yang agak menggalakkan dengan disertai lebih daripada 50 orang peserta bukan Islam yang sebelum ini merasa agak takut mendekati masjid. Jelajah masjid ini telah berjaya mengubah persepsi mereka mengenai kepentingan institusi masjid & keindahan ibadah Islam. Sejak zaman Nabi Muhammad lagi, peranan institusi masjid bukanlah sekadar sebagai tempat ibadah semata-mata, malah menjadi tempat aktiviti kemasyarakatan dan terbuka buat semua yang mahu lebih mengenali Islam.

 

Penganjuran program masjid terbuka seperti ini diharapkan dapat memberi lebih kefahaman mengenai Islam kepada semua pengunjung, mengeratkan hubungan juga saling hormat-menghormati sesama penduduk sekitar Kepong yang berbilang bangsa dan agama. Program seperti ini juga diharapkan mampu menjadi pemangkin kepada lebih banyak aktiviti interaksi antara agama yang boleh dilaksanakan di masa akan datang. InsyaAllah.

 

Please follow and like us:
%d bloggers like this: