• Lot 300.3, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, KL
  • 03-4108 9669
  • admin@hidayahcentre.org.my
INFAQ
In Uncategorized

Majlis Ulangtahun Ke-41 Masjid Tun Abdul Aziz & Sambutan Tahun Baru Cina (Chinese Versary)

Petaling Jaya- Pada hari Ahad, 25 Februari 2018, Hidayah Centre Foundation dengan kerjasama Masjid Tun Abdul Aziz telah menganjurkan program Chinese-Versary iaitu yang merupakan gabungan program sambutan ulangtahun ke-41 Masjid Tun Abdul Aziz juga Sambutan Tahun Baru Cina. Program ini berkonsepkan masjid terbuka dimana kesemua komuniti berhampiran masjid dijemput untuk bersama-sama menyertai aktiviti yang dijalankan oleh masjid.Program ini juga bermatlamat untuk meraikan komuniti bangsa cina di sekitar seksyen 14, Petaling Jaya dan sekitar Masjid Tun Abdul Aziz bagi merapatkan lagi hubungan perpaduan dengan masyarakat bukan Islam.

Program ini telah diadakan di Dewan Dato’ Abdul Wahab Majid, Masjid Tun Abdul Aziz. Seramai lebih kurang 500 orang telah hadir untuk memeriahkan majlis yang diadakan ini. Pelbagai aktiviti telah diadakan yang boleh disertai oleh para tetamu antaranya, jelajah masjid (mosque tour), hijab corner, Yee Sang, pengagihan angpau, forum, booth Hidayah Centre Foundation ,tayangan video, hadiah cabutan bertuah serta menjamu pelbagai jamuan yang disediakan.

Majlis yang julung-julung kali diadakan ini turut mendapat perhatian dikalangan komuniti cina yang tidak melepaskan peluang menyertai aktiviti jelajah masjid. Mereka diberi penerangan agama Islam juga mengenai ibadah yang dilaksanakan oleh muslim di dalam masjid.

Program seumpama ini yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat dilihat mampu melahirkan rasa saling hormat-menghormati dan perpaduan sesama masyarakat. Jelas terlihat kegembiraan juga suasana keharmonian di antara masyarakat Malaysia yang berbilang kaum sepanjang program ini dijalankan. Semoga program seumpama ini dapat dijalankan lagi di masa-masa akan datang.

Please follow and like us:
%d bloggers like this: